Aktiviti Simple Tapi Menarik Dengan Anak
Assalamualaikum
Children donβt need more things. The best toys a child can have is a parent who gets down on the floor and plays with them
Belajar sepatutnya buatkan anak-anak enjoy sangat. Kalau boleh, dorang sendiri yang excited nak belajar. Bukan macam cara yang dorang belajar sampai stress, kalau tak dapat something daripada belajar tu, stress. Kalau nak rehat pun rasa stress. Kesian, kecik-kecik dah penuh dengan stress.
Yuyu nak anak-anak enjoy dengan belajar, dan pembelajaran yang terbaik untuk 7 tahun ke bawah adalah dengan bermain. Sebab daripada bermain lah macam-macam pembelajaran direct & indirect yang dorang akan dapat. Belajar bukan setakat pergi kelas tunggu cikgu tulis di blackboard, atau ambil kelas tambahan saja ya, belajar juga boleh melalui “PLAY”.
dan, semestinya “PLAY” yang dimaksudkan tu adalah yang menggembirakan anak-anak. Lagi-lagi untuk bawah 7 tahun.
Yuyu selalu berpegang, mainan yang paling best di dunia ni adalah bila ibubapa main sekali dengan anak-anak. Tak perlu pun mainan yang mahal beratus ringgit untuk buat anak-anak happy, jet kertas dari surat khabar pun dah ok.
Apa aktiviti favourite Yuyu dengan anak-anak?
Print & play!
Lain parent, lain minat kan?
Yuyu suka sungguh cari idea best di google, dan print. Print dan warna dengan anak-anak. Warna dengan anak-anak bermaksud, Yuyu pun mewarna ya, mommies π Kadang Yuyu print craft di website, lepastu D.I.Y buat cincin ke, paper cat ke, eh macam-macam lah boleh buat dengan print.
Aktiviti dengan anak-anak sangat enjoyable bagi Yuyu. Boleh tengok idea dorang yang spontaneous, kadang Yuyu boleh cakap yang anak-anak Yuyu lagi kreatif dari Yuyu. Dorang siap ada imaginasi yang jet kertas yang Yuyu buat, boleh transform jadi butterfly.
Kita ada ke fikir macam tu? :p
Yuyu start ajar Habib Affan dengan melukis + mewarna dari dia bawah setahun lagi. Tak lawa pun, tapi dorang happy. π
Latest project dengan anak-anak sempena hujung minggu π
Hasil Habib mewarna. Dia enjoy betul dengan lion ni, macam-macam imaginasi dia. Lion makan fish, lion menguap, lion makan car lah :p
Nahh, sedikit video Yuyu & anak-anak.
Terima kasih sudi baca.
Love, Yuyu Zulaikha.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha