Tips Jadikan Kuih Onde-Onde Buah Melaka Lebih Sedap
Assalamualaikum
Kalau Yuyu balik kampung, wajibal qunnahlah Sang Emak akan sukarela letak jawatan sebagai official tukang masak kat rumah. Memang Yuyu akan kuasai dapur dengan rakusnya. Wahahahaha *gelak macam orang jahat botak ada misai panjang* .
Selain Yuyu suka menjahit baju sendiri demi menyahut cabaran Perdana Menteri yang menggesa rakyatnya berjimat cermat, Yuyu juga suka menyemak cerok dapur untuk tujuan masak, buat kuih dan kek. Setakat semak dapur menketedarah cekodok, takde la sampai nak buat entry ni.
Rasa macam kepuasan jiwa dan rohani bila dalam telan mendealah yang Yuyu masak sendiri. Tapi disebabkan membesar dengan terjun sawah, tangkap ikan di sungai dan teman Sang Atok di kebun getah, maka, Yuyu lebih suka masak benda benda yang berbaur kampung.
Masakan kampung Yuyu belajar dari tengok tengok Sang Atok masak. Makanan omputeh dan siam Yuyu belajar dari Sang Abah sebab musabab Sang Abah adalah chef. Kalau masakan Italy, Yuyu selalunya tengok resepi. Boleh la masak, nak kata hebakk kemain tu, tak la.
Entry kali ni teringin nak kongsi resepi kuih paling senang di abad ini yakni Kuih Buah Melaka atau nama sentipiknya Onde Onde Diberi Nama, Saudara Saudari Cikebom Cikebom. Hakhak. Dah start dah. Tampor sekali bagi hilang sikit merapu ni.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung pulut. Tak kisah la cap gajah ke, cap beruk ke. Asalkan tepung pulut.
- ½ mangkuk jus pandan. Guna pewarna pun boleh. Tapi guna pandan lagi bangkit bau si onde onde tu. Kisar.
- 2
biji buah helai gerombolanketul Gula Melaka/ Merah. Berperanan sebagai inti. Potong dadu. Kecik macam Yuyu - Kelapa Parut. Untuk di gaul gaul dengan si onde onde nanti. Nampak putih melepak sikit.
- Air ikut suka hati berapa banyak pun untuk tujuan merebus.
Cara-Cara:
- Masukkan jus pandan ke bekas berisi tepung pulut dan uli sehingga pekat dan bentukkan menjadi bulat. Bentuk lep lep tak pernah lagi orang buat keje. Memang bentuk nya bulat bulat.
- Masukkan ketulan dadu Gula Melaka dalam ketol Onde Onde tak siap tadi tu, dan uli lagi. Biar bulat macam bulatnya perot Pak Cik Karim
- Didihkan air sesuka mak bapak banyak mana pun.
- Masukkan ketul ketul Onde Onde yang kita bulat bulatkan tadi ke dalam rebusan air.
- Tunggu sehingga Onde Onde kelemasan timbul di permukaan air tadi dan angkat.
- Campak je si Onde Onde tadi ke dalam gerombolan Kelapa Parut.
- Gaulkan supaya Kelapa Parut tadi memenuhi setiap isipadu permukaan si Onde Onde. Biar putih lepuk sikit.
- Telan selow selow
Senang kan. Lagi senang buat Onde Onde ni dari cungkil cekedis celah gigi kot. Resepi dan cara ni Yuyu ikut cara Sang Atok Yuyu. Dulu beliau suka sungguh buat mende kuih ni habuan bagi Sang Tok Wan mencekik sebelum pergi azan kat Masjid. Sekarang tak dah. Sang Tok Wan prefer makan kat kedai. Tak nak bini beliau penat kot. Sweet kan.
Tapi, Yuyu buat sikit perubahan, kalau Jus Pandan tu diletakkan sikit garam, nanti, hasilnya akan lebih sedap. Tapi ikut selera anak tekak masing masing la kan.
Selamat mencuba dan terima kasih sudi baca ^^
Kredit gambar utama: Kompasiana, Mas Cotek
Artikel asal: Yuyu Zulaikha