Resepi Roti Pisang Milo, Menu Paling Senang & Sedap
Assalamualaikum
Selamat Petang semua. Dah lunch? Dah breakfast?
Banyak benda kena buat pagi tadi. Semua dah settle. Sekarang kita buat sesi hati ke hati. Semua kita ni ada motif hidup masing masing. Sebagai Yuyu Zulaikha, seorang blogger, haruslah nak jadi blogger yang amat berjaya. Eceh. Malu tauu.
Korang pun mesti ada goal dalam setiap yang korang buat, kan kan? Hari tu yuyu tanya mak, “apa yang mak nak sebagai sorang mak” nada perempuan skema bingkai spek hitam tebal masa tu.
“tengok anak anak mak berjaya, cukup lahh” sambil beliau sambung hiris bawang merah.
Simple, semua nak yang paling terbaik dalam hidup. Student nak dapat 4flat. Businessman nak business maju dan bertambah maju. Mak bapak nak anak sihat dan berjaya. Tapi, disebalik kejayaan tu, ada yang sangat penting kita kena tahu. Penting untuk completekan segala mala goal kita semua.
Betullah kata para emak sekalian, sarapan adalah menu paling penting dalam rutin harian. Bukan setakat bagi kita tenaga, tapi sarapan ni berkait rapat dengan kesihatan termasuklah untuk performance kita setiap hari. Sebab tu nak tak nak, sarapan wajib jangan skip sampaikan portion untuk breakfast adalah lebih banyak berbanding lunch atau dinner.
Dari breakfastlah membekalkan tenaga sepanjang satu hari.
Teringat pulak dulu dulu atok buatkan MILO panas untuk cicah dengan biskut kering sebelum pergi sekolah, siap mintak atok masukkan air MILO dalam botol air bentuk handphone. Huhu
Paling malas pun, korang patut cuba godek godek resepi simple nak mampos dari MILO ni ( link ). Terinspirasi dari Milo French Toast, yuyu punya resepi kampung kampung sikit. Simple, korang boleh cuba. Dan resepi ni, yuyu namakan :
MILO Pisang Omaigod Toast:
*okay, hentuk kepala sekarang*
Bahan bahan
mudah: (untuk seorang makan)
- Dua sudu besar serbuk MILO
- Sebiji pisang dihiris serong
- Mentega
- Roti
Cara-Cara:
Simple kan? Tapi kalau makan, masyaallah, sedap nauu. Rangup lepas tu rasa masam pisang dan manis MILO. Gituu. Lepas tu cair kat mulut, lepas tu rasa lapar balik masa taip entry ni. Tskk. T_T korang try la jangan malu mencuba juga, atau boleh buat resepi baru menggunakan Milo. Kreatif sikit, kannn 🙂
Resepi mudah mesti cuba! Good luck weh!
Terima kasih sudi baca 🙂
Artikel asal: Yuyu Zulaikha