Tips Menabung Buat Yang Jenis Boros
Assalamualaikum
Sebenarnya, Yuyu bukan jenis yang disiplin pun menyimpan duit ni. Sebab Yuyu suka terma ‘reward’ bila nampak duit banyak sikit. Mula nak beli tu la ni la. Eh. Benci pulak perangai aku ni. Jadi, azam tahun baru ni, tak lain tak bukan, nak menyimpan. Yes, MENYIMPAN. Taknak dah boros. Tapi, tobat tu, belum lagi la. Hahaha *gelak sambil main instagram*
Pernah sekali tu, sehari je pun kerja kuat sampai lenguh tulang belakang, tapi self-reward tu dah macam pergi berjihad pulak. Eh. Tak faham betul Yuyu. -_- Dah asyik self-reward memanjang, memang sebak la tengok balance kat Maybank2u.
Sekali lagi, sebab tu lah tahun ni, berazam dengan “menyimpan”. Sepanjang dah 13 hari tahun baru ni, alhamdulillah, perkembangan positif dah boleh nampak. Benda ni tak mudah kalau kau jenis kuat reward diri sendiri. Macam-macam cara juga Yuyu try untuk dekatkan diri dengan menyimpan, antaranya adalah:
Target
Tahun ni target untuk akaun ada rmx pada awal tahun depan. Tak kisah lah, macam mana cara pun, kena usaha juga. Bila dah ada target yang clear macam ni, proses nak menyimpan tu lebih mudah, dan sangat membantu. Bila teringin je buat perangan “self reward”, mesti terfikir balik pasal target tu.
Nak capai target ke, nak gedik-gedik reward? -_-
Simpanan Anak
Jujur la, sebelum ni, duit raya Habib pun, Yuyu terguna. Walaupun tak guna untuk diri sendiri, tapi tetap Yuyu terguna juga la. Jadi, tahun ni, Yuyu buat simpanan untuk dia. Yuyu yakin yang mommies lain pun buat simpanan untuk anak sendiri kan. Ada yang buat sebulan RM500 untuk simpanan anak, tapi paling tak boleh pun, buat lah RM50 sebulan.
Kalau setahun dah dapat RM600, kalau sampai dia 18 tahun? Busuk-busuk pun anak sendiri dah ada RM10,800. Alhamdulillah. Lepas dah beban untuk uruskan hal universiti dia kan.
Tabung Syiling
Kalau nak buat tabung tu, liat sikit, buat je la ‘tabung syiling’ je. Untuk yang tak disiplin menabung macam Yuyu, tapi bila buat tabung untuk syiling saja ni, macam banyak membantu juga. Setiap kali beli, kalau dapat balance syiling, terus jangan guna syiling tu. Balik rumah, tak kisah lah terjumpa syiling celah seat kereta ke, jumpa tepi pintu ke, terus je masuk dalam tabung syiling ni.
Faktanya, Yuyu yang bebal ni pun, time study dulu, tengah sesak, buka je tabung syiling ni, tau tau dah ada beratus ringgit. Ya Allah.
Gold Saving
Ini paling Yuyu suka. Gold saving adalah benda paling bijak perlu kita buat. Setiap bulan, paling cikai, beli la 1g goldbar. Tau tau, setahun dah 12g, ada rezeki lebih, tau tau dah 20kg. Serius benda ni tak mustahil. Kira-kira balik, untung beribu-ribu ringgit, sebab harga emas takkan jatuh, asyik naik memanjang kan.
Lepas tu, nak guna, leceh, kena tukar ke duit dulu, memang selamat lah goldbar tu tersimpan.
Suami / Orang Paling Dekat
Ni adalah tips paling bagus. Sekarang bila dah nekad untuk menyimpan, kad semua ada pada suami. Kalau nak beli apa-apa pun, suruh suami kata “no”. Haha. Tapi, benda ni menjadi okay. Hari tu nak shopping jubah baru, suami kata no je, terus muncung mulut. Bagus lah, kalau tak, habis lah duit akuuuu…
Okay lah, itu je nak share time tengah free ni. Korang macam mana ada kekuatan untuk menyimpan ha?
Terima kasih sudi baca š
Kredit gambar utama: Global Finance Magazine
Artikel asal: Yuyu Zulaikha