Tips Berbelog : Menaip Sebuah Entry
Assalamualaikum ^^
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, kini dahku habis segala jadah exam sakit kepala hotak. Lepas ni masa terbaik untuk menaip belog hingga terbakar keyboard. Kira balas dendam la ni. Biar dashboard korang berterabur dengan entry yuyu saja.
Muheheheh. Ehh. Hikhikhik. Baru sopan sikit.
Tanpa buang masa, mari ke tujuan tajuk. Banyak yang tanya yuyu pasal tips berbelog. Macam mana yuyu dapat hampir 10k dalam masa 7 bulan. Macam mana yuyu boleh banyak idea dan kutip duit BE.
Sebenarnya yuyu tak ada tips berbelog secara khusus.
Dari segi penulisan entry, seboleh boleh nya yuyu akan hindarkan dari orang cakap “ehh, macam style Hanis Zalikha la!” “ehhh, macam style Latipah Junib la” dan sebagainya. Maka, dengan sedaya upaya parah kan kepala otak, yuyu mencari style penulisan tersendiri.
Ayat hiperbola, berbelit belit panjang berkarang karang,btapi maksudnya secoet saja -.-‘. Banyak yang yuyu perasan dengan kebanyakan belog, cenderong menaip guna style blogger lain. Bukan JAKIM sah kan haram. Tak tak. Tapi, korang akan susah dikenali ramai, dan susah di ingati oleh manusia sejagat.
Maka bermula hari ni, katakan TAK NAK pada rokok! * motip? -.-‘ *
Selain daripada itu, kalau korang sedar, yuyu sedaya upaya mempelbagaikan jenis jenis entry. Ada entry berbaur mengada sedih, ada entry mengenai tips bagai, ada juga terjerumus ke lembah ceramah agama, ada juga tentang suka nya jasmani dan rohani yuyu ni.
Bukan apa, kalau kita spesis setia pada sejenis entry saja, kemungkinan pembaca akan bosan dengan kita adalah sangat besar. Asik tips berbelog saja. Padahal semuanya lebih kurang saja. Bukan tak boleh, tapi, dengan pelbagai entry, akan menunjukkan, kita akan mampu tarik pelbagai jenis pembaca. Ada yang suka fesyen, ada suka kisah sedih, ada suka tips, ada juga yang suka bingkisan agama. Ye dak?
Pilihan font yang betul juga penting. Tengok sini : mana korang akan pilih?
Itu basic menaip baru. Yang mana yang korang rasa senang kan jiwa raga korang, begitu lah korang perlu sediakan belog korang untuk orang lain juga.
Baru pasal font dan entry. Banyak lagi nak di kongsi kan. Dari segi entry sendiri pun, haruslah beri manfaat pada pembaca, contoh yang paling simple adalah entry “cekodok emak”. Dari perenggan pertama membawa perenggan terakhir, asik cerita sedap nya cekodok. Sapa suka?
Tapi bila dalam satu entry “cekodok emak” tu, pointnya nak cerita, bersyukur lah ke hadrat allah kerana masih mampu makan cekodok buatan tangan emak. Kerana esok lusa lusa, entah sempat ke tak lagi makan hasil tangan emak tu. Sobbsobb.
Apesal touching sangat perenggan atas ni. Leleh hingus dah cecah lantai :'(
Itu lah serba sedikit pasal entry. Benda yang simple, cuma banyak yang tak sedar, benda simple tu la yang akan memberi kesan kepada pembaca. Ingatlah:
“Pembaca sendiri akan memilih belog yang akan di baca setiap entry. maka, buatlah yang terbaik untuk kesenangan pembaca.”
Setakat tu saja, next tips insyaallah yuyu akan kongsi macam mana nak cari banyak idea dalam menaip belog. Nak tak yuyu kongsi? Tak nak tak pe. Yuyu simpan kepam dalam ketiak sorang sorang. Heheh.
Jujur yuyu cakap, yuyu punya belog sendiri pun teruk, tapi, yuyu cuba buat perubahan sikit sikit, dan try buat tips di atas, Alhamdulillah, ada la sikit sikit peningkatan. Boleh la juga sikit sikit. Tapi nak buat belog hebakk tu, tak mampu la. Kalau yang tu, tanya orang lain. Heheh.
P/s : Tension baca ni? Jom singgah website terhebakk!
Terima kasih sudi baca 🙂
Artikel asal: Yuyu Zulaikha