Artis wanita popular era 90-an
Sebut saja artis wanita zaman 90-an siapa yang terlintas dalam fikiran korang? Pastinya anda kan terfikirkan Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Ella dan ramai lain yang sehingga kini masih dikenali bukan. Selain daripada selebriti ini sebenarnya ramai lagi artis wanita yang popular pada era 90-an namun kebanyakkan daripada mereka populariti mereka tidak bertahan sehingga hari ini.
Bagaimanapun masih lagu mereka sentiasa menjadi pilihan dan top list lagu evergreen dan di pusat-pusat karaoke. Oleh yang demikian bagi menyingkap kenangan era 90-an, min nak listkan beberapa artis yang dahulnya popular dan meletops pada zaman ini. Mungkin yang millennial ni tak beberapa kenalkan dengan mereka jadi meh sis kenalkan;
1. Siti Nurhaliza
Siapa tak kenal dengan Siti Nurhaliza. Empunya nama Siti Nurhaliza binti Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979 merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Juga seorang Penyanyi Nombor 1 Malaysia dan Penghibur Nombor 1 Asia. Siti Nurhaliza memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995 di mana dia menerima tawaran kontrak rakaman daripada empat syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records. Single sulungnya, “Jerat Percintaan” telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lagi untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertamanya sendiri, sehingga 2005, telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja Selain itu, Siti Nurhaliza juga telah mendapat gelaran Ratu Pop Malaysia.
2. Ziana Zain
Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana binti Zain dilahirkanpada 2 Mei 1968, lebih merupakan seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan di Malaysia. Dia bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah Berhelah, lalu dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.
Selain itu, keunggulan Ziana di pentas antarabangsa terserlah apabila dia berjaya meraih gelaran utama Voice of Asia yang diadakan di Kazakhstan pada tahun 1995. Kejayaan tersebut sekaligus mengukir namanya di dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis wanita pertama memenangi pertandingan antarabangsa. Bermula di saat itu, langkah global Ziana Zain terus berkembang dan dia telah berjaya memahat namanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kanada, Switzerland, dan Australia.
Kini, setelah hampir 20 tahun berlayar di industri seni, Ziana Zain telah digelar Ratu Pop Asia. Ziana juga telah bertemu dan berkolaborasi bersama beberapa nama besar di persada seni dunia seperti Jim Brickman, Cindy Crawford, Kate Bosworth, Shah Rukh Khan, Anna Kournikova, dan Michael Schumacher.
3. Ella
Nor Zila binti Haji Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Ella merupakan seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan model yang terkenal di Malaysia. Sehingga kini, beliau masih mempertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock Malaysia.
Ella dilahirkan di Gelugor, Pulau Pinang dan telah dibesarkan di Klang, Selangor. Pada zaman persekolahannya, beliau sering diundang menyanyi dan membuat persembahan pada setiap majlis yang diadakan di sekolahnya. Ella telah menamatkan pengajiannya sehingga tingkatan lima di SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Sebelum beliau menceburi bidang seni, beliau banyak membuat persembahan di kelab malam dan lounge yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Setelah mengadakan persembahan di beberapa kelab tersebut, Ella telah dilamar oleh salah satu kumpulan iaitu kumpulan The Boys yang juga merupakan penyanyi kelab malam. Setelah berbincang, akhirnya Ella bersetuju untuk bergabung dengan kumpulan mereka dan diberi nama Kumpulan Ella & The Boys.
4. Fauziah Latif
Fauziah Latif atau nama sebenarnya Siti Fauziah binti Sheikh Abdul Latiff dilahirkan pada 5 Disember 1970 atau juga dikenali sebagai Gee merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia. Dibesarkan di Klang, Selangor mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang, Selangor.
Fauziah Latiff mula membuat persembahan pada umum bagi konsert amal di Stadium Merdeka pada 1987. Bakatnya dicungkil oleh seorang pencungkil bakat daripada syarikat rakaman Happy Records dan dia ditawarkan kontrak rakaman pertamanya.
Pada tahun 2004, beliau telah menjadi salah seorang juri profesional dalam sebuah rancangan realiti tv terbitan 8TV iaitu Malaysian Idol bersama Roslan Aziz dan Paul Moss selama dua musim berturut-turut.
5. Aishah
Wan Aishah binti Wan Ariffinatau lebih dikenali sebagai Aishah merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan, Malaysia dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenal seluruh dunia sebelum meneruskan karier solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Dont Make Me Fall Alone pada tahun 1990. Setelah dia tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan masih aktif menyanyi secara solo hingga diangkat sebagai salah seorang lagenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. Pada tahun 2011, dia terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.
6. Amelina
Norazlina binti Amir Sharipuddin atau lebih dikenali sebagai Amelina ialah seorang penyanyi popular Malaysia pada era 1990’an. Amelina sinonim dengan irama Dangdut yang disampaikan secara pop kontemporari hingga digelar Ratu Dangdut 90’an ekoran kejayaan dan pencapaiannya mencatat jualan setiap albumnya yang mencecah ratusan ribu unit. Amelina juga pernah memenangi Anugerah Industri Muzik dan beberapa anugerah platinum sepanjang aktif sebagai penyanyi selama 5 tahun. Dia pernah menghilangkan diri dari radar industri muzik selama 15 tahun hingga menyebabkan dunia muzik dangdut mengalami kesuraman yang ketara sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke dunia seni pada tahun 2014.
7. Amy Mastura
Amy Mastura binti Suhaimi dilahirkan pada 10 Mei 1971 atau lebih dikenali sebagai Amy Mastura merupakan seorang penyanyi, pelakon, pelawak, komposer dan pengacara Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang muzik setelah menjuarai Asia Bagus pada 1993 di Jepun dan seterusnya melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1994 di bawah syarikat rakaman Pony Canyon di mana dia kekal bersama syarikat rakaman itu sehingga 1999.
Dilahirkan di Ipoh, Perak Amy Mastura cukup dikenali menerusi lakonan watak-watak komedi dalam filem arahan Aziz M. Osman. Selain itu, dalam bidang muzik, Amy dikenali menerusi lagu-lagu pop yang segar dan rancak hingga mencetuskan fenomena tersendiri di rantau Asia pada pertengahan 1990an. Antara anugerah yang dimenanginya ialah Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Sepanjang kerjayanya sebagai penghibur, Amy Mastura telah menerbitkan sebanyak tujuh album studio, tiga album kompilasi dan merakamkan sebanyak 93 lagu dan single, jualan album beliau mencecah 5 juta unit.
Pada tahun 1998, Amy Mastura telah dipilih di kalangan artis Malaysia termasuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Amy Mastura berkahwin dengan Alvin Tham Suffian pada 2000 dan dikurniakan dua cahayamata perempuan.
Pada Mac 2011, Amy Mastura menjadi duta baru Kose, jenama kosmetik Jepun. Dia menjadi wanita Melayu pertama menjadi duta Kose.
8. Ning Baizura
Ning Baizura binti Sheikh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ning Baizura dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor. Dia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian seawal usia empat tahun. Ketika dia berusia sembilan tahun, beliau sudah mula memasuki kelas vokal Soprano yang telah diajar oleh seorang Pemuzik Profesional Indonesia, Siti Chairani. Setelah digilap bakatnya, akhirnya Ning telah berjaya menyertai pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan dan telah berjaya memenangi tempat ketiga.
Ning akhirnya telah berjaya melahirkan album sulung beliau iaitu Dekat Padamu. Lagu pertama yang telah melonjakkan nama beliau ialah Curiga. Selain itu, bakat luar biasa yang dimiliki oleh penyanyi kelahiran Kajang ini telah membawa namanya hingga merentasi ke beberapa negara seperti di Jepun, Singapura, Indonesia, Brunei dan beberapa lagi negara lain. Ia sekaligus mengiktiraf Ning sebagai artis antarabangsa setanding dengan Anita Sarawak dan Datuk Sharifah Aini.
9. Noraniza Idris
Nor Aniza binti Haji Idris dilahirkan pada 27 Ogos 1968 atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia. Dia merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M.Nasir, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah dan Ramlah Ram. Memulakan karier nyanyian sejak 1985, Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga dia mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia. Sehingga kini dia masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya. Sepanjang karier seninya sejak 1985, dia telah melahirkan 13 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet. Pada masa yang sama, Noraniza telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.
10. Sheila Majid
Kredit: star2.com
Datuk Sheila Majid dilahirkan dengan nama Shaheila binti Abdul Majid pada 3 Januari 1965 atau juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Dia juga dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia kerana kebolehannya menyanyikan lagu Jazz.