Resepi Popular PKP: Kopi Dalgona
Masa awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, resepi kopi dalgona memang femes gila sebab orang terpaksa duduk dekat rumah. Sampaikan boleh nampak trend pencarian dekat Google meningkat mendadak.
Sempena PKP3.0, kali ni Sherlyn nak tunjuk kat korang macam mana nak buat kopi dalgona yang sedap.
Apa Itu Kopi Dalgona
Kopi dalgona ni turut dikenali sebagai whipped coffee yang mana merupakan minuman kopi yang terhasil campuran daripada bahan kopi, gula dan air.
Resepi Kopi Dalgona
Resepi paling cepat: 2 sudu besar kopi instant; gula dan air suam/panas pun sama dalam kuantiti masing-masing 2 sudu ke dalam mangkuk
Gunakan pengadun, pukul campuran tu dalam 5 minit sampai pekat dan masukkan ke dalam segelas susu yang dah dicampurkan dengan ais!
Soalan Yang Kerap Ditanya:
Apa jenis gula yang digunakan?
Sherlyn dah cuba guna gula pasir, gula putih dan raw sugar. Kalau korang suka, boleh je guna gula perang. Pastikan gula mencukupi tau, kalau tak susah nak jadikan gebu.
Nak guna susu apa?
Guna je susu yang korang suka.
Nak senang, tengok video dekat bawah ni:
Dan korang boleh nikmati kopi dalgona sekarang!
Selain kopi dalgona, korang juga boleh buat sendiri dalgona matcha, dalgona milo dan lain-lain ikut kreativiti resepi korang sendiri. <3
Artikel asal: Read Sherlyn