Simple Tapi Sedap. Resepi Gulai Daging Berkentang
Assalamualaikum
Ini yang malas tengok tivi ni. Setiap kali tengok tivi, nampak CJ WOW Shop, halahhhh, tak tahan betul keimanan nih! Hari tu tengok CJ WOW Shop promote mop, hoi, dia punya power tu sampai tak menahan nak beli. Habis kalau beli, mop kat rumah sampai dua dah ni, sapa nak pakai. Pfft
Setiap kali tengok CJ WOW Shop, bergetar kad bank aku. Setiap kali, ok. –‘
Kali ni memang tak tahan dah, tengok segmen untuk Coocan Diamond Pan, inilah masanya untuk bersihkan dapur dari periuk-belanga tradisional, supaya boleh letak periuk-belanga zaman sekarang, yang tak melekat dah telur bila goreng, yang tak payah guna minyak segelen dah bila goreng ayam, yang masak sayur cun-cun cantik semua.
Yang paling penting, yang buatkan makin rajin nak masak. Ehem.
*ini point yuyu bagitau kat husband, dan ini menjadi*
**korang boleh juga guna point-point tu. tehee. Good luck**
Lepas tu, sehari selepas terima Coocan Diamond Pan tu, hoi, terus tanya suami nak yuyu masak special apa. Cakap saja, nak masakan Thai? Barat? Timur Tengah? Korea? Jepun? Cekodok saja? Tapi, yang dia nak, cuma Gulai Daging Berkentang. Alaa. Baru nak masak melampau-lampau sikit…
Jadi, yuyu share sikit Resepi Gulai Daging Berkentang, cara yuyu. Sebab apa cara yuyu? Sebab yuyu tengok banyak sangat cara yang berbeza kalau nak masak gulai ni. Ada yang letak asam lah, ada yang campur serbuk kari dengan air lah. Malah, cara yuyu pun berbeza, tapi tetap rasa mesti lebih kurang juga dengan gulai orang lain. Hehe
Cuma, kali ni, gulai berkentang, suami suka sungguh kalau gulai yuyu berkentang, katanya, lebih ‘gulai’.
Bahan-bahan Gulai Daging Berkentang
Cara-cara:
Kali ni, siap bervideo. Bukan sebab apa, sebab nak tunjuk betapa bestnya guna Coocan Diamond Pan ni. Boleh guna minyak sangat sikit sahaja. Bawang pun tak melekat, ya Allah, senangnya nak membasuh. Tak rugi betul ada satu set kat rumah.
Cara yuyu mudah:
- Panaskan, dan tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan kayu manis, sehingga naik bau dan bahan tumis betul layu
- Masukkan serbuk kari, dan tumis serbuk kari sehingga pecah minyak dan naik bau
- Masukkan air secukupnya, selalunya yuyu akan masukkan air 3 cawan. Tak kisah pun berapa
- Biarkan mendidih
- Masukkan kentang + ayam, biarkan hingga empuk.
- Masukkan santan, dan biar mendidih
- Tutup api, dan masukkan garam secukup rasa
- SIAP
Haa. Simple saja kan, tapi, selama yuyu buat, gulai yuyu ni boleh tahan seminggu insyaAllah. Bagi yuyu, time tumis tu, tumis lama betul, insyaAllah, masakan tahan lebih lama. Saja yuyu banyakkan kuahnya, senang nanti setiap pagi boleh buat cicah dengan Paratha Tesco tu, takpun, petangnya buat Roti Jala.
Ya ampun, sedapnyaaaaa teringat pasal roti jala. Haish. Kena buat lah lepas ni.
Tehee :p
Artikel asal: Yuyu Zulaikha