Dolla Muncul Dengan Lagu Raya, Best Ke?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
DOLLA MUNCUL DENGAN LAGU RAYA, BEST KE? | DOLLA sebelum nie mendapat perhatian bila dikatakan menyerupai artis kumpulan KOREA. Semua single yang dikeluarkan mendapat sambutan yang hangat.
Single pertama, DOLLA MAKE YOU WANNA dan single kedua IMPIKAN berjaya meningkatkan populariti mereka.
LAGU RAYA RAYA RAYA BEST KE?
Terbaru mengeluarkan single RAYA RAYA RAYA. Konsep genre pop dikekalkan dan disulam dengan irama tradisional. RAYA RAYA RAYA merupakan lagu raya pertama yang dinyanyikan oleh artis wanita berkumpulan setelah sekian lama.
Lagu ciptaan bersama oleh beberapa orang komposer dan penulis lirik yang profesional. Antaranya Kalerj, Ajay Amai, Mike Chan, Glow Rush, Nick Arif, Acap Salim dan Somean K-Clique. Dari lagu ini dapat memperlihatkan bakat DOLLA. Mana taknya selain menyanyikan lagu pop yang rancak,kini lagu yang mempunyai unsur tradisional pula.
PERKONGSIAN DARI DOLLA
DOLLA yang dianggotai oleh Sabronzo, Angel, Tabby dan Syasya ini telah membuktikan bahawa mereka berani bereksperimen. Selain dari berani membawa genre yang berbeza dari sebelumnya. Sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri hiburan Malaysia.
Salah seorang anggota iaitu Tabby pula berpendapat bahawa RAYA RAYA RAYA adalah sesuatu yang berbeza. tetapi masih terasa seperti biasa didengari. la mempunyai ‘vibe’ lagu raya yang biasa tetapi mempunyai sentuhan karakter kami yang kuat dan mempunyai elemen-elemen yang menyeronokkan.
“Proses rakaman berjalan dengan lancar dan mudah bersama Faithful Music. Penuh dengan gelak tawa dan mereka amat membantu kami dalam mengekalkan kekuatan DOLLA di dalam lagu ini.
Pada mulanya, terasa asing kerana ianya bukan genre yang kami biasa bawakan sebelum ini. Tetapi amat menyerenokkan untuk bereksperimen!” kata Tabby.
Angelina Chai atau Angel yang berasal daripada Sarawak pula berpendapat bahawa RAYA RAYA RAYA menunjukkan sisi lain kami. Lebih ke arah tradisional tetapi masih lagi lagi terasa muda.
Angel juga merasakan bahawa lagu ini berbeza dari lagu-lagu raya yang lain. Kami menggambarkan bagaimana jika artis berkumpulan wanita menyanyikan lagu bagi menyambut perayaan Aidilfitri.
“Proses rakaman lagu ini amat menyeronokkan kerana ia membuatkan perayaan itu terasa semakin dekat. Terutama kepada seseorang yang tidak pernah menyambut perayaan Aidilfitri.
la memberikan saya gambaran perasaan menyambut hari raya Aidilfitri dan sebenarnya ia amat menyeronokkan!” kongsi Angel
Syasya yang merupakan ahli kumpulan yang paling muda selain Angel mengatakan lagu ini amat bermakna dan mencuit hati. DOLLA yang dikenali dengan imej lincah menari dengan bertenaga di dalam lagu-lagu sebelum ini.
Manakala RAYA RAYA RAYA menunjukkan sisi lain kami daripada yang selalunya. Walaupun begitu, pendengar masih dapat merasai kehadiran itu sendiri di dalam RAYA RAYA RAYA.
“Pengalaman merakamkan lagu ini memang sangat seronok dan penuh dengan riang ketawa. Sememangnya bekerja dengan Faithful Music amat mudah. Mereka juga bersifat terbuka dengan idea-idea yang kami berikan.
Dalam lagu ini Dolla boleh melihat kelebihan dan kelainan dalam suara-suara setiap ahli DOLLA. Harapan saya untuk lagu ini adalah untuk membawa kenangan manis sewaktu menyambut hari raya kepada semua pendengar.
Walaupun wabak covid-19 banyak menghalang kita melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti kebiasaan di hari raya. Namun saya berharap agar semua pendengar masih lagi dapat merasainya dengan mendengar lagu kami. Seperti biasa, saya harap penonton dapat menari dan menghayati bersama-sama semasa mendengar lagu kami,” kata Syasya.
Secara umumnya, RAYA RAYA RAYA terbitan Universal Music Malaysia ini menyentuh mengenai percanggahan gaya tradisional dan moden untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Di mana perkembangan teknologi yang pesat telah mempengaruhi bagaimana mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa kini. Terutamanya bagaimana alat dan platform media sosial yang signifikan mempengaruhi interaksi antara keluarga dan rakan.
“la mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk merakamkan lagu tersebut dan memakan masa seharian untuk sesi rakaman video muzik pula. Pengalaman merakamkan video muzik sangat menyeronokkan kerana kita semua berpakaian seperti di era ‘retro’.
Tidak ketinggalan, tenaga positif yang wujud di antara warga kerja juga benar-benar membantu. Ia amat mudah bekerja bersama mereka kerana mereka seniasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
Oleh kerana kami adalah empat gadis dengan gaya dan idea nyanyian yang sangat berbeza, mereka sangat terbuka dalam menerima segala jenis perubahan atau cadangan,” kongsi Sabronzo
Artikel asal: Kitepunye.com