Cara Gayakan Beg Jerut Sebagai Item Fesyen
Beg merupakan aksesori fesyen utama yang gabungkan fesyen, gaya dan ada pelbagai fungsi. Mungkin beg jerut bukanlah beg yang berfesyen, tapi ianya merupakan beg yang tengah trending sekarang yang complement fesyen kita.
Ya, jangan terkejut. Beg jerut sekarang ni memang in trend. Banyak bentuk, warna dan saiz yang boleh korang dapatkan dalam pasaran. Kalau korang tak yakin yang beg jerut secara ringkasnya boleh buat korang nampak lebih bergaya, jom follow cara ni supaya beg jerut korang boleh nampak mahal.
1. Gaya kasual
Untuk santai-santai, beg jerut memang sesuai. Kalau korang rancang hari tu nak pakai baju yang ala ala floral print yang soft, tak pun warna pastel, korang bolehlah pilih beg jerut denim plain atau pun warna yang kontra dengan warna baju sebab dia akan buatkan outfit korang lagi manis.
Kalau korang plan nak pakai outfit warna monochrome, bolehlah pairkan dengan beg jerut yang floral print atau pun yang ada beberapa warna. Pergi mana-mana pun termasuklah night out atau ke pantai, beg jerut memang sesuai.
2. Gaya formal
Untuk gaya formal macam nak pergi interview kerja, meeting atau pun jumpa client, korang boleh pilih beg jerut yang lebih kepada warna-warna neutral dan material yang fancy macam beg jerut kulit supaya nampak selesa tapi tetap bergaya. Boleh jugak dapatkan corak geometri supaya nampak lebih bold.
Beg jerut ni juga boleh gunakan untuk letakkan laptop, fail dan barang-barang peribadi yang lain.
3. Gaya glam
Siapa kata gaya glam tak boleh guna beg jerut? Untuk ebent macam formal, korag boleh pilih beg jerut yang bling bling tapi tetap nampak simple. Boleh sesuaikan pemilihan beg jerut dengan pakaian korang, contoh macam hiaskan dengan Kristal supaya nampak mewah dan glemer gitu.
4. Bercuti
Untuk bercuti, korang boleh pilih beg jerut yang boleh dipadankan dengan kasut atau pun sandal. Penting kena pilih beg jerut yang tak ambil banyak ruang masa dipack. Beg jerut ni boleh jadi sangat convenient kalau korang bercuti.
5. Mesej/kempen
Kalau korang buat sesuatu yang ada sampaikan mesej, beg jerut sangat sesuai. Ada beg jerut yang boleh korang lukis, cetak untuk sampaikan mesej kepada masyarakat. Contohnya selamatkan ikan paus, sokong feminisme atau pun juga boleh jadi placard untuk sampaikan mesej kepada yang tersayang.
Pada awalnya beg jerut dicipta untuk mudahkan pengguna dalam pelbagai aspek. Tapi sejak beberapa tahun ni, beg jerut jadi macam item fesyen yang boleh kata sampai banyak industri fesyen yang buat beg jerut versi mereka sendiri.
Boleh kata, korang boleh gunakan beg jerut untuk setiap aktiviti di luar.
Kredit gambar utama: Samantha Dorabiato
Artikel asal: Sunshine Kelly