Cara Brew Teh Kombucha Homemade Dalam Masa 10 Minit
Korang pernah try kombucha tak sebelum ni? Kalau pernah, macam mana korang suka tak?
Kalau ikut Wikipedia, Kombucha adalah minuman teh hitam atau teh hijau yang ditapai & banyak beri manfaat pada kesihatan. Kadang-kadang kombucha ni dipanggil sebagai teh supaya orang ramai dapat bezakan dia daripada bakteria dan yeast. Selalunya, kombucha ni orang akan add on jus, herba, buahan atau pun bahan-bahan lain supaya rasa dia lebih sedap.
Kombucha ni mungkin berasal dari Manchuria, China yang mana dekat situlah minuman ni diminum secara tradisional, atau pun dekat Rusia dan Eropah Timur. Masa ni kombucha kemudiannya dibawa ke peringkat global dan dikomersialkan pelbagai syarikat dunia.
Kombucha dihasilkan dengan cara tapaian teh gunakan hubungan simbiotik bakteria dan yeast SCOBY yang selalu dipanggil sebagai ‘ibu’ atau ‘cendawan’. Kajian keselamatan makanan kombucha pernah cadangkan yang proses tapaian ni dilakukan dalam suhu bilik supaya prosesnya lebih selamat.
Kombucha dibuat dengan tambahkan cendawan SCOBY ke dalam teh bersama sedikit gula. Minuman ni jadi bersoda disebabkan cendawan tu sendiri yang ubah gula jadi alkohol yang kemudiannya dipecah jadi vitamin & enzim.
Secara mudahnya, gunakan balang kaca, SCOBY, gula sikit dan black/green tea. Tu je. Cendawan SCOBY tu korang boleh beli dengan mudah dekat sini.
Bahan-bahan:
- Balang kaca 1 liter
- 1 liter air bersih
- 100g gula
- Teh hitam berdaun atau teh hijau
Caranya:
- Rebus 1 liter air dan tuangkan ke atas daun teh macam biasa.
- Keluarkan daun dan masukkan gula – kacau hingga larut sepenuhnya.
- Biarkan teh mendidih selama 30 minit (Ingat, air panas boleh membunuh cendawan korang!).
- Tuangkan teh ke dalam balang minuman – tinggalkan sekitar 20% ruang untuk pernafasan cendawan.
- Masukkan cendawan SCOBY ke dalam balang dan separuh cairan dari cendawan untuk bantu proses penapaian.
- Tutup bahagian atas balang dengan kain yang boleh membenarkan udara masuk untuk mengelakkan pencemaran.
- Masukkan balang korang dekat tempat yang tak akan dikacau.
- Letakkan balang korang di tempat yang tidak terganggu dan hangat (suhu ideal 23-28 Celsius)
- Selepas 7-8 hari korang dah boleh rasa teh Kombucha korang tu. Kalau rasa teh korang tu terlalu manis, mungkin kena biarkan lama lagi. Periksa semula setiap hari sampai korang rasa teh kombucha korang masam-manis sikit.
- Korang boleh lanjutkan tapaian untuk kali kedua kalau korang nak kombucha tu bergas macam minuman soda. Tetapi tapaian kali pertama pun dah okey – simpan dalam peti sejuk sampai habis diminum.
Kombucha kalau dikeringkan, tekstur dia akan berubah jadi kulit yang dikenali sebagai microbial cellulose yang boleh dibuat pakaian. Kalau guna pelbagai air macam kopi, black tea atau pun green tea, kombucha yang terhasil boleh muncul dalam pelbagai warna.
Kredit gambar utama: The Spruce Eats/The Kitchn
Artikel asal: Sunshine Kelly