Kenali lima Pelakon Lelaki pelapis yang promising
Hai korang, siapa sini peminat filem atau drama tempatan? Min pun sebenarnya selalu update perkembangan terkini industri layar kaca dan layar perak. Bila sekarang ni kita tengok drama lah misalannya pasti ada je wajah-wajah baru yang jadi peneraju.
Kalau ikutkan ada yang min tengok macam kenal, ada jugak yang memang muda-muda sungguh lah. Apa-apa pun mereka ni bukan sahaja kacak dan jelita tetapi turut memberikan persembahan lakonan yang ok lah boleh diterima. (Nak expert makan tahun dan latihan lebih lagi).
Apa-apa pun min boleh kategorikan yang mereka ini sebagai Most Promising Actor and Actress lah. So pada perkongsian kali ini min akan buat senarai-senarai sikit pelakon baru. Kali ini Santai Sini nak bawa anda cuci mata kenal-kenal pelakon baru lelaki yang kacak-kacak tengah aktif dalam drama sekarang.
1. Hun Haqeeem
Hun Haqeem atau nama sebenar Haqeem Hermy dilahirkan pada 7 Januari 1998 merupakan seorang pelakon lelaki yang mula meningkat naik. Nama Hun Haqeem mulai dikenali ramai setelah melakonkan watak sebagai Ariff dalam drama Cari Aku Di Syurga dan watak Qhalish dalam Cinta Belum Tamat Tempoh.
Jejaka ini berasal dari Kuching, Sarawak berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam. Mula berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon dan model. Hun Haqeem berjinak-jinak mendekati dunia lakonan ketika menjalani latihan ilmiah di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press. Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang. Dia kini bernaung di bawah syarikat pengurusan, MIG Productions. Mula mendapat perhatian kerana raut wajahnya yang dikatakan persis artis Korea. Kini Hun Haqeem juga sedang menjadi perhatian dengan lakonannya yang bersahaja dalam drama komedi Kampung People.
2. Nafiz Muaz
Nafiz Muaz atau empunya nama Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir dilahirkan pada 22 Disember 1998 merupakan seorang pelakon lelaki berasal dari Sungai Petani, Kedah. Dia merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016.
Nafiz menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 selepas diminta oleh ibunya untuk menghadiri ujibakat. Hasilnya, dia berjaya menjadi salah seorang finalis pertandingan tersebut yang juga disertai oleh Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda. Sejak itu, dia telah berlakon dalam beberapa drama televisyen.
Nafiz melakonkan watak sebagai Hakim dalam Budak Boys. Ia mengisahkan seorang budak lelaki yang pemalu dan sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah. Kehidupannya berubah selepas dia menjadi seorang tentera. Drama ini ditayangkan di saluran TV3.
Peranan terkenal Nafiz Muaz hadir menerusi watak sebagai Reza dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf, Nelydia Senrose, Ben Amir dan Atikah Suhaime. Diadaptasi dari drama Filipina, Sana’y Wala Nang Wakas, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian. Drama ini menjadi drama pertama lakonan Nafiz di saluran Astro.
Nafiz Muaz turut berlakon bersama Fasha Sandha dalam drama Semua Salahku, memegang watak sebagai Harris yang ditayangkan di saluran TV3. Nafiz meraih kejayaan utamanya menerusi drama adaptasi novel karya Rehal Nuharis, Cinta Belum Tamat Tempoh lakonan bersama Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Ia merupakan drama pertamanya sebagai pelakon utama.
Di luar kerjayanya sebagai pelakon, Nafiz juga giat membantu keluarganya berniaga roti dengan mengendalikan perniagaan dikenali sebagai Perusahaan Roti SM yang diusahakan oleh datuknya.
3. Alif Hadi
Alif Hadi atau nama sebenar Muhammad Alif bin Abdul Hadi dilahirkan pada 30 Jun 1988 ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen. Sejak membuat kemunculan pertamanya di rancangan realiti Fear Factor Selebriti Malaysia bakatnya mula mendapat perhatian penonton. Tidak lama selepas itu, dia mula aktif dalam dunia lakonan yang membintangi beberapa drama dan telefilem tempatan yang terkenal seperti Banglo Seksyen 2, Anak Patung, Syurga Tanpa Cinta, Duda Terlajak Laris, Samudera Rindu, Dia Semanis Honey, Sayangku Kapten Mukhriz dan Red Velvet.
Alif dilahirkan pada 30 Jun 1988, di Kuala Lumpur. Dia ialah anak kedua dari dua beradik dan mempunyai campuran darah Melayu, Cina dan India. Alif tinggal di Kuang sehingga tahun 2002, kemudian berpindah ke Johor Bahru pada tahun 2003 sebelum beliau kemudian berpindah lagi ke Shah Alam sehingga ke hari ini. Dia telah menghadiri Sekolah Kebangsaan Kuang di peringkat rendah, kemudian meneruskan pengajian di Sri Bestari Sekolah Antarabangsa sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perling 1. Setelah tamat sekolah menengah, Alif kemudian melanjutkan pelajaran dengan mengambil kursus PRE-undang di KDU College Yang akhirnya meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undangnya dengan mengambil Ijazah Undang-undang LLB Hons. Pada tahun terakhir Sarjana Muda Undang-Undang, Alif kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat LLB (Hons) tahun akhir di Oxford Brookes University, dalam Oxford, United Kingdom. Tamat pengajian dari Undang-undang Ijazah LLB, dia mula sedar bahawa menjadi seorang peguam bukan menjadi keinginannya.
4. Ikmal Amry
Mohd Zulikmal Amry bin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Ikmal Amry lahir pada 2 Julai 1994 adalah seorang pelakon dan model. Ikmal merupakan peserta Hero Remaja 2017 yang mula melibatkan diri dalam lakonan sebagai watak pembantu.
5. Harris Annuar
Mohammad Harris bin Shahrul Annuar lahir pada 14 Mei 1993 ialah seorang model dan pelakon. Dia ialah bekas peserta Hero Remaja 2017/18 di mana Harris memenangi tempat ketiga. Harris ialah adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa. Penglibatan Harris Annuar dalam arena lakonan menyerlah selepas dia meemegang watak dalam drama rantaian popular Isteri Bukan Untuk di Sewa memegang watak sebagai Putera Raiyan.