Petua Berkesan Hilangkan Kelemumur Guna Cara Orang Lama
Kelemumur adalah salah satu masalah kulit kepala yang memalukan dan sangat susah nak diatasi. Sekali dah kena, memang susahlah nak hilangkan walaupun guna syampu mahal yang ada dalam pasaran.
Masa nilah baru terasa nak guna kaedah tradisional yang orang dulu guna. Buat korang yang masih cari kaedah alternatif hilangkan kelemumur, ini yang boleh korang guna:
1. Santan
Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut. Urut sampai terasa dekat kulit kepala. Biarkan dalam 2 jam. Korang boleh balut dengan shower cap atau tuala sebelum cuci rambut sampai bersih.
Kalau korang malas nak perah santan, boleh je guna kelapa parut tu. Yang penting pastikan masih ada ekstrak santan tu, kalau setakat hampas memang tak berkesan.
2. Limau nipis/lemon
Kalau korang tak suka bau dan tekstur santan, korang boleh cuba guna perahan air limau. Caranya senang je. Perah limau nipis dalam satu gayung air. Boleh pilih nak air suam ke air biasa. Lepas tu basahkan rambut sampai ke kulit kepala dengan air perahan tadi.
Kalau cara ni biasanya orang tak bilas pun. Tapi kalau korang rasa tak yakin, boleh je bilas semula dengan air biasa. Kepala pun memang wangi sampai rasa tenang sebab bau limau tadi.
Oh boleh juga guna lemon okey?
3. Aloe vera
Aloe vera ni bukan takat nak lebatkan rambut. Tapi boleh jugak nak rawat masalah rambut termasuklah rambut gugur dan kelemumur. Nak senang korang tanam je aloe vera dekat rumah dan boleh guna yang aloe vera fresh tu.
Hasil dia lagi wow daripada aloe vera tiub yang dah siap dalam pasaran. Nak peloles pun boleh tepek aloe vera dekat muka.
4. Bawang
Kalau korang perasan Jackie Chan ada jadi duta untuk produk syampu bawang kan? Haa, bawang memang berkesan untuk hilangkan kelemumur dengan cara yang berkesan. Caranya mudah je, potong bawang dan gosok je dekat kepala sampai kena kulit kepala.
Hati-hati, korang boleh menangis tau.
5. Garam
Ambil beberapa genggam garam kasar dan gosok ke seluruh kulit kepala. Biar dalam 30 minit, cuci sampai bersih. Kalau rasa nak larutkan dalam air suam pun boleh. Lagi mudah nanti proses mencuci. Korang boleh juga terus campurkan garam dengan syampu.
Mudah je kan? Semuanya guna bahan yang dah ada dekat dapur. Yang penting buat secara berkala supaya kesannya lebih efektif dan kelemumur pun cepat hilang.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Southampton Hospital/Healthline