Tips Cuci Sport Bra Supaya Tahan Lama Dan Tetap ‘Anjal’
Sport bra dah di design khusus untuk berikan support kepada breast semasa bersukan. Dengan keselesaan yang ada, wanita dah boleh bersukan tanpa perlu risau dengan rasa tak selesa terutamanya kalau saiz breast dia agak besar.
Tapi malangnya, masih ramai yang tak tahu cara basuh sport bra yang sebetulnya. Sport bra tak boleh basuh macam bra biasa yang selalunya ada yang campurkannya dalam mesin basuh.
- Elakkan cuci guna mesin basuh atau keringkan guna dryer. Semuanya kena cuci guna tangan.
- Kalau span bra jenis boleh dikeluarkan, keluarkan dulu sebelum cuci. Sebab biasanya bila jemur, kita rasa bra macam dah kering. Tapi sebenarnya bahagian span tu tak kering. Nanti lama-lama akan naiklah baunya.
- Sport bra ni tak boleh pakai lama-lama. Lepas je dah habis sukan, terus tukar pakai bra lain dan rendam sport bra tadi dalam air biasa untuk hilangkan peluh yang melekat dan cuci terus.
- Kalau tak rajin nak cuci tangan, boleh je cuci guna mesin. Tapi pastikan cuci hanya sport bra je tau. Jangan campur dengan pakaian lain.
- Kalau nak sidai pun tak boleh sidai dalam keadaan tali pada hanger. Elok je flatkan dia atas hanger supaya tali tak terbeban dengan berat bra tadi.
Sport bra ni kena jaga elok-elok. Nak beli dia bukannya murah woihh. Nak jimat, belilah kalau ada sale. Barulah harganya mesra poket. Nak nak pulak kalau yang high support tu.
Tapi yang bestnya sport bra ni, kalau pandai jaga boleh tahan sampai bertahun tau. Untung kan?