Dakwa Guna Darah Manusia Sebenar, Syarikat ‘Satan Shoes’ Disaman
Nike memang satu jenama global yang besar dalam industri fesyen. Tapi baru-baru ni nama Nike jadi buruk lepas kasut rekaan dorang digunakan untuk rekaan ‘Satan Shoes’ keluaran MSCHF.
Yang memburukkan keadaan bila kasut Nike Air Max 97 dengan label Swoosh Nike digunakan pada kasut yang dikatakan menggunakan darah manusia di bahagian tengahnya yang dah bercampur dengan cat merah.
Rekaan yang dilancarkan dengan kolaborasi rapper, Lil Nas X sempena pelancaran MV Montero.
Nak tambah elemen seram & thriller, MSCHF juga letak imej seram dekat kotak kasut.
Satan Shoes yang dijual dengan kuantiti unik iaitu 66 habis terjual dalam masa satu minit je.
Lepas dah banyak sangat orang keliru sebab ingat Nike buat kolaborasi dengan MSCHF, Nike akhirnya keluarkan kenyataan akan menyaman MSCHF sebab keluarkan produk yang timbulkan kekeliruan kepada orang awam selain daripada tak dapat kebenaran.
MSCHF sebelum ni pun pernah timbulkan kontroversi bila dorang keluarkan kasut model Holy yang mana mendakwa meletakkan tanda salib dan holy water pada bahagian tapak kasut.
Lepas kontroversi ‘Satan Shoes’ ni, agaknya apa lagi lah kontroversi yang MSCHF nak buat.