Sebelum Pilih, Tahu Dulu Beza Fungsi Serum Brightening vs Lightening vs Whitening
Serum adalah salah satu skincare yang tak boleh kita tinggal dalam rejim penjagaan muka.
Berfungsi untuk baiki masalah kulit wajah, kebanyakan serum teksturnya ringan dan umumnya dalam bentuk cecair yang mudah diserap.
Tapi dalam pasaran ada tiga jenis serum yang selalu kita jumpa:
- Brightening
- Lightening
- Whitening
Dan ketiga-tiga dengar macam nak sama, tapi sebenarnya berbeza. Jom dengar kata Guru Imej, Puan Mary pasal 3 jenis serum ni:
Brightening – Cerahkan kulit kusam (dull) kerana minyak pada kulit berlebihan. Kesan selepas pemakaian adalah kulit kelihatan sihat dan glowing.
Lightening – Cerahkan kulit yang ada tompok-tompok gelap akibat hiperpigmentasi. Kesan selepas pemakaian adalah tompok-tompok gelap menjadi pudar.
Whitening – Cerahkan dengan cara menyekatakan tona kulit secara keseluruhan. Kesan selepas pemakaian adalah tona kulit wajah lebih sekata.
Korang kena tahu, kulit korang ada masalah apa dan pilih berdasarkan apa yang ditawarkan. Bukan semata-mata sebab harga murah ya. Barulah nampak keberkesanan penggunaan serum tu.
Korang juga mungkin minat nak baca: Ini 5 cara serum vitamin C bantu cantikkan wajah