Masa Stress, Jangan Makan Pedas!
Stress ni memang tak dapat nak lari dalam kehidupan seharian. Nak nak musim kena duduk rumah je ni, banyak aktiviti terbatas. Lagilah mudah stress tu nak datang.
Kalau korang stress, korang buat apa untuk release kan?
Kalau korang makan pedas untuk releasekan stress, Zee harap korang bacalah sampai habis apa yang Zee nak cakap ni.
Masa stress jangan makan pedas! Okey kalau korang tak boleh elakkan, kurangkanlah.
Bila korang stress, metabolisme badan akan menurun dan ini menyebabkan tubuh tak dapat cerna makanan dengan baik. Makan pedas akan buatkan asid perut ‘naik’ dan menyebabkan gastrik.
Takut perut korang tak tahan dan akan sebabkan perut jadi tak selesa dan membawa kepada gejala muntah, mual, cirit birit, demam dan sebagainya. Jadi masa stress, bukannya tak boleh makan pedas, cuma kurangkan.
Kalau korang tahan, silakan makan sebab makan pedas ni akan keluarkan endorphin yang buatkan kita rasa lebih better.
Selain daripada tu elakkan juga ambil kafein, garam berlebihan dan gula. Kalau korang stress, makanan yang sesuai untuk korang ambil:
- kekacang
- sumber ikan terutamanya ikan laut
- susu
- bijirin penuh dan
- buah-buahan
Dan jangan lupa sentiasa amalkan diet seimbang. Bila korang amalkan diet seimbang, badan dapat nutrien dan tenaga yang bantu untuk kita tangani stress.
Ingat, apa yang kita makan akan tentukan kesihatan kita. Bila selalu sangat stress, badan akan jadi kurang tenaga, memori pun akan makin tak kuat, mood terganggu dan kurangkan tumpuan.
Jangan stress stress okey. Sentiasa stay safe and healthy. <3