Kenapa 25-32 Tahun Umur Yang Paling Sesuai Untuk Kahwin?
Bila dah masuk umur 23 tahun, soalan “bila nak kawin” tu memang akan selalu ditanya. Kadang-kadang tu sampai naik bosan dibuatnya. Nak pulak bila jumpa mak-mak yang memang jenis kaki bawang.
Boleh pedih hati dengar.
Selalu kan korang dengar umur berkahwin yang sesuai adalah antara 23-32 tahun. Tapi pernah terfikir tak apa relevannya tempoh umur tu?
Risiko perceraian
Siapa je yang nak kawin untuk bercerai kan? Tapi berkahwin masa usia ini boleh mengurangkan risiko perceraian.
Malah kajian ahli sosiologi Universiti Utah, Nick Wolfinger pada tahun 2012 pun ada bagitahu mereka yang berkahwin usia macam tu adalah yang paling sikit bercerai.
Untuk usia di bawah 23 tahun, kadar bercerai boleh meningkat sampai 14% dan pada setiap tahun usia akan turunkan risiko perceraian kepada 8%.
Umur matang
Dalam tempoh usia tersebut, individu akan lebih matang dan mencaru tujuan hidup. Dalam usia ni kita akan belajar untuk jadi lebih bertanggungjawab dan fikiran pun lebih matang. Tapi ini bergantung juga pada lifestyle dan dengan siapa individu tu bergaul tau.
Waktu subur
Umur memang berkait rapat dengan tahap kesuburan. Kajian ada tunjukkan yang usia subur perempuan adalah antara 25-35 tahun. Peluang untuk mengandung masa umur 30 tahun adalah lebih 60% tapi bila dah cecah usia 36 tahun, dia akan berkurang kepada 50%.
Tapi sebenarnya bergantung jugak pada keadaan korang. Kalau korang memang dah bersedia fizikal dan mental nak berkahwin di usia lain daripada ni pun tak jadi masalah.
Cumanya ada sebab kenapa tempoh umur 25-32 tahun tu disarankan untuk berkahwin dan tiga sebab di atas adalah antara faktor besarnya.