Cara Pakai Contact Lens Yang Tak Sakit
Setuju kan kalau Zee cakap yang spek mata ni kadang-kadang jadi punca tak dapat buat aktiviti yang lasak. Sebab boleh mengganggu pergerakan.
Tapi, kalau tak pakai kang, tak nampak pulak kan? Jadi sebagai alternatif, pakailah lens.
Okey, lens ni dah pakai memang selesa, cuma masa nak pakai tu je yang macam azab sikit sebab tak boleh jangka kesakitan dia tu. Untuk korang yang nak pakai lens, kena tahu beberapa perkara termasuklah jenis lens yang sesuai dan cara penjagaannya.
Step bawah ni kalau korang ikut boleh bantu kurangkan risiko sakit masa nak pakai.
- Basuh tangan dengan bersih dan keringkan.
- Ambil lens gunakan jari cuci dengan contact lens solution. Bukan air paip, bukan air tapis, bukan!
- Posisikan lens di hujung jari – pastikan kedudukannya yang betul.
- Pegang bahagian atas dan bawah kelopak mata dengan tangan yang tak pegang lens dan pandang ke depan atau ke atas sebelum masukkan lens ke dalam mata.
- Perlahan-lahan tutup mata dan tekan perlahan kelopak mata supaya lens dah disetting elok. Kelip mata beberapa kali dan siap!
Kalau korang rasa macam tak selesa, boleh keluarkan semula lens dan buat semula langkah dekat atas.
Mudah je kan?
Nak pakai lens kenalah jaga kebersihan supaya nanti tak adalah mata terkena infection sebab tak bersih. Mata kena jaga tau, sebab nak pakai lama. Bila mata rosak memang kelam dunia dibuatnya.
Stay safe!