Video TikTok Maria Farida Jadi Viral, Body Maintain Macam Remaja
Sebut je nama Maria Farida, memang terbayang dah kecantikan pelakon yang terkenal dengan imej seksi ni. Dah masuk 50-an pun badan maintain cantik & langsing, macam remaja!
Biasanya orang umur 50-an dah boleh dipanggil nenek atau makcik, tapi Zee rasa kalau orang jumpa Maria Farida ni tak mustahil automatik mulut akan laju je panggil kakak sebab memang tak nampak tua langsunglah!
Masa muda pun lawa, dah meningkat usia lagilah lawa.
Walaupun tak lagi aktif dalam industri lakonan, Maria Farida tetap aktif dekat sosial media, termasuklah dekat TikTok tau. Jangan main-main.
Setakat ni, followers dia pun dah cecah lebih 207k tau dengan like hampir 500k.
Kalau korang perasan, Maria ni banyak jugak share video yang tampilkan anak terunanya bersama. Orang kalau tak tahu Maria ni ada anak, memang confirm ingat tu video adik-kakak tak pun pakwe-makwe dan bukannya mak-anak.
Baru-baru ni, Maria Farida dikatakan vampire, sebabnya satu video TikTok yang memang jelas tunjukkan bentuk badannya yang tak dimamah usia.
Pernah satu ketika dahulu, Maria dedahkan yang tak ada rahsia pun untuk beliau kekal langsing macam tu. Yang dia kata mungkin itu genetik ibu dengan nenek dia sebab dorang pun masih nampak muda walaupun dah berusia.
Fuh, lain macam ya genetik beliau. Harapnya Zee pun dapatlah genetik macam tu jugak. T-T