Sebab Terlampau Busy, Rakyat Jepun Sewa Je Kekasih
Kalau hari tu kecoh dekat Malaysia pasal sugar daddy-sugar baby, korang tahu tak dekat Jepun ada satu servis sewa kekasih yang legal.
Disebabkan culture dorang yang sangat sibuk dengan kerja, dorang jadi macam tak ada masa untuk bercinta. Tapi sebagai manusia, memang tak akan terlepas daripada rasa sunyi dan perlukan peneman untuk meluahkan rasa.
Sebab itu jugalah servis sewa kekasih ni dihalalkan dekat sana dengan beberapa syarat ketat antaranya:
- syarikat tak akan sewa kekasih dekat klien yang ada masalah dadah dsb
- klien kena gunakan syarikat sebagai orang tengah & tak boleh berhubung terus dengan kekasih sewa
- tak ada rakaman audio/video tersembunyi
- tak boleh buat bukan-bukan termasuk buat benda-benda yang boleh naikkan nafsu
- klien tak boleh bagi tips/hadiah dekat kekasih sewa
Itu baru sikit, ada beberapa lagi yang kena klien patuhi kalau nak sewa kekasih daripada syarikat-syarikat ni supaya mereka ni tak digelar sebagai pelayan daripada sektor pekerjaan dewasa – sama level macam pelayan bar, penari tiang & pelacur.
Jadi mostly kekasih sewa tu sekadar disewa sebagai peneman dan pendengar je. Memang urusan bisnes profesional je.
Kalau korang pergi Jepun dan mungkin teringin nak cuba servis ni, bolehlah siapkan dalam 6,000 yen/1 jam dengan kadar sewa minimum 2 jam. Kalau di convert ke MYR mungkin dalam RM500 jugak.
Dannn kalau korang nak tahu dekat Jepun ada khidmat sewa keluarga juga tau. Punyalah lain macam level dorang ni. Tapi at least servis tu bolehlah hilangkan perasaan sunyi rakyat Jepun yang terkenal dengan sifat workaholic dorang tu.