Gaun pengantin selebriti yang VASS dan Glamour
Kebanyakkan selebriti yang berkahwin pastinya mereka akan tampil wow dan vass. Mestilah dengan sentuhan pereka fesyen ternama negara sudah pasti gaun pengantin mereka lebih keihatan epik dan memukau setiap mata yang memandang.
Sudah nama pun raja seharikan sudah pasti untuk hari berbahagia mestilah nak bergaya seakan-akan permaisuri. Kalau setiap kali min ada perkahwinan selebriti Min pastinya tidak melepaskan peluang untuk update pakaian pengantin mereka.
Kalau sebelum ini min hanya update secara suka-suka kali ini min nak kongsikan dengan anda semualah pakaian-pakaian pengantin selebriti yang masih melekat dalam benak fikiran min dan pastinya dikagumi oleh peminat-peminat dunia hiburan sewaktu resepsi perkahwinan selebriti.
1. Juliana Evans
Umpama puteri dari kayangan. Gaun pengantin Juliana Evans amat memukau dalam penataan ringkas dan bergaya. Dengan rekaan boatneck ala off shoulder memberikan impak lebih santai untuk majlis yang bertemakan beach wedding di tepian pantai dekat Langkawi. Di gabungkan dengan tatarias yang ala-ala princess dan leretan fabrik di bahagian belakang pastinya isteri kepada ahli kerabat diraja Selangor ini menjadi tumpuan pada majlis resepsi itu.
2. Mawar Rashid
Untuk Mawar Rashid min memang lebih admire baju malam berninai dia. Manakan tidak busana ini nampak unik dan tersendiri. dengan suntikan elemen seperti puteri siam, baju dengan perincian kilauan dan kain berbulu serta pemakaian pending di pinggang menjadikan pakaian ini tampak mewah tambahan pula ia dihasilkan dalm rona ungu lembut menjadikan Mawar tampak feminin.
3. Fazura
Siapa yang tak excited bila Fazura dan Fattah Amin kahwin? Min sangat teruja masa tu ye lah akhirnya Fazura akhirnya mengakhiri zaman bujang dan kedua-dua sama cantik sama padan. Berbalik pada perkongsian kali ini min sebenarnya sangat tertarik dengan gaun rekaan Rizman Ruzaini untuk majlis pertunangan Fazura. Sangat simple dengan gabungan moden dan klasik. Sepertinya persalinan ini direka oleh Rizaman Ruzaini khusus buat Fazura yang juga merupakan sahabat baik mereka. Siluet kebaya dengan ropol dempak terletak rapi pada basan fazura yang hit dan vass dan sekali lagi waran unggu lembut menjadikan seri bakal pengantin Fazura (ketika itu) lebih menyerlah.
3. Siti Saleha
Gaun perkahwinan Siti Saleha antara yang simple dan menarik. Busana rekaan Nurita Harith ini amat menyerlahkan kelembutan dan keanggunan Siti Saleha. Bercirikan moden kontemporarai, Siti Saleha sangat bijak dengan memilih pakaian ini yang sangat sepadan dengan tema resepsinya iaitukolonial puteri diraja.
4. Kavitha Sidhu
Bertemakan inspirasi timur dan barat, gaun pengantin Kavitha Sidhu sangat mewah dengan perincian French lace gold dan veil mutiara. Rona emas amat sepadan dengan warna kulitnya dan menaikkan seri pengantin wanita ini. Gaun rekaan Micheal Ong ini amat classy dan menyerlahkan lagi keangguan Kavitha yang tinggi lampai itu.
5. Lufya Omar
Kita tolak tepi kisah yang baru-baru ini berlaku pada Lufya Omar. Kita kenang kembali kenangan manis semasa perkahwinan dia dahulu.Min sangat terpukau dengan gaun ala-ala puteri raja Arab yang dikenakan oleh Lutfya. Meskipun berhijap, gaun yang dikenakan amat sesuai denganya malah, pemakaian veil juga tidak kelihatan janggal. Gabungan warna emas dan putih krim amat senada dan menaikkan seri pengantin Lufya. Malah perincian bunga-bunga kecil pada gaun tersebut menjadikan baju ini tampak indah dan menepati konsep arabian sesuai susur galur Lufya.
6. Bella Astillah
Ok meskipun sekarang tidak lagi bersama, Min masih nak kongsi baju pengantin Bella Astilah masa wedding dia dulu. Sebabnya memang cantik dan kena dengan tema resepsi mereka iaitu English Royalty. Bella yang kelihatan seperti puteri raja tidak tenggelam dek gaun yang penuh dengan perincian bunga-bunga kecil itu malag busana i tu nampak terletak dipakai olehnya . Bella tampak anggun dan menawan dalam busana rekaan Cosry itu.
7.Jihan Muse
Kita semua tahu Jihan Muse adalah salah seorang SitiZoner sejati. Manakan tidak dia sendiri arif meniru gaya percakapat diva nombor satu negara itu. Mungkin kerana itu gaun pengantin Jihan sedikit sebanyak mengingatkan min kepada gaun persandingan Datuk Siti Nurhaliza. Tampak simple, effortless dan elegan, busana perkahwinan Jihan ini sangat menyerlahkan keanggunan Jihan sebagai ratu sehari.
8. Ummi Nazeera
Mempercayai kredibiliti Fizi Woo, gaun pengantin Ummi Nazeera sangat sepadan dengannya. Rona hijau zamrud ternyata menjadikan wanita bertubuh kecil molek ini tumpuan pada hari bahagianya. Perincian sulamaman pada pakaian utama menjadikan busana ini tampak mewah malah tail kembangnya menjadikan poportion baju ini nampak seimbang.
9. Stacy Anam
Penyanyi yang lincah di atas pentas ini memberikan kelainan untuk gaun pengantinnya, Stacy memilih fabrik songket denagn rona perang keemasan. Meski trailnya agak bercanggah dengan konep kesuluruhan baju bagaimanapun Stacy masih tampak jelita dan anggun malah, gabunhgan fabrik tradisonal dalam rekaan moden ini menjadikan fesyen songket lebih segar.
10. Anzalna Nasir
Siapa yang boleh lupa dengan gaun pengantin Anzalna Nasir. Gaun paling win untuk wedding tahun 2016. Busana rekaan Cosry ini ternyata menjadi tular tambahan pula dipakai oleh gadis secantik Anzalna. Gaun yang diilhamkan daripda siri Barbie Mariposa ini menghidupkan tempa perkahwinan fantasi impian. Pemilihan warna pastel dengan corak floral itu menjadikan baju ini tampak anggun dan mewah dalam kelas tersendiri.