Sempadan Ditutup, Danok Bertukar Jadi ‘Pekan Hantu’
Sejak daripada pandemik COVID-19 melanda, banyak negara yang menutup sempadan termasuklah Malaysia.
Dulu asal tiba hujung minggu je, memang ramai yang keluar ke sempadan Thailand untuk bercuti, tapi bila dah sempadan ditutup memang masing-masing hanya mampu duduk di rumah dan bercuti apabila dibenarkan je.
Jadi kawasan-kawasan yang dulunya kaya dengan banjiran pelancong kini jadi sunyi sepi. Macam Danok yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Lepas je sempadan Malaysia-Thailand ditutup sejak Mac 2020, Danok macam pekan hantu sebab sunyi sepi daripada kunjungan pelancong.
Malah disebabkan majoriti ekonomi di Danok berpunca daripada pelancongan, rata-rata penduduknya terpaksa ambil keputusan untuk berhijrah untuk jana pendapatan.
Bukan ratus-ratus tau tapi sampai 20,000.
Kata seorang penduduk tempatan yang masih di situ, hampir 80% perniagaan ditutup dan ini termasuklah pusat urut, kelab malam, spa dan restoran.
Yang tinggal hanya sebuah hotel yang beroperasi sebagai pusat kuarantin, farmasi dan kedai runcit.
Bukan kata Danok je yang terkesan, Zee rasa kawasan tumpuan pelancong dekat dalam Malaysia pun sama je terutamanya dekat kawasan-kawasan pulau.
Hmm, cepatlah COVID-19 ni berakhir. Zee dah tak sabar nak keluar tengok dunia luar. Itu pun lepas semuanya dah reda lah. Selagi tak reda, memang Zee duk rumah jelah.