‘Tak Pernah Sehari Tak Rindu Ashraf’ – BCL
Berita pemergian pelakon, Ashraf Sinclair yang juga suami kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari tahun lepas nyata mengejutkan ramai.
Genap setahun Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung, Bunga akhirnya buka mulut tentang perasaannya kepada umum.
Menerusi saluran YouTube IT’s Me BCL, Bunga beritahu yang pada awalnya dia susah nak terima hakikat yang suaminya sudah tiada dan hanya termenung kerana seakan tidak percaya itu berlaku.
Dan dalam tempoh beberapa bulan lepas pemergian Ashraf, Bunga beritahu yang dia tak dapat tidur malam sebab sentiasa periksa sama ada ibu dan anaknya masih bernafas setiap beberapa minit & setengah jam.
12 tahun hidup bersama Ashraf, Bunga luahkan yang kalau dia tahu masa yang dia dapat hanya sebentar, mungkin cara hidup dan pilihan dia berbeza.
Bila ditanya sama ada dia terfikir nak kawin lagi atau pun tidak, jawab Bunga beliau langsung tak terfikir tentang perkara tu kerana tak pernah sehari yang beliau lalui tanpa merindukan Ashraf.
Rasa kehilangan ni memang menyakitkan. Lagi lagi bila kehilangan yang pergi tak kembali.
Moga BCL tetap tabah haruni kehidupan bersama Noah. Sama-samalah kita doakan moga roh Ashraf tenang bersama orang beriman.