Tips Bagi Tudung Bawal Elok Terletak Tajam Tanpa Fuh Fuh
Ada setengah orang perempuan tak suka pakai tudung bawal sebab selalulah awning dia tak jadi. Bukan takat duk senget senget, tapi ada juga masalah gelembung.
Kalau bagi Zee sendiri, Zee suka pakai bawal sebab boleh sorok pipi yang tembun kemain ni.
Korang nak tahu tak selalu apa Zee buat kalau nak bagi awning cantik je terletak tak ada senget senget atau gelembung?
Zee guna fabric starch je!
Senang dah tak payah sampai hilang mood kalau awning gelembung-gelembung. Zee dapat tips ni daripada blog Iman Abdul Rahim, jadi Zee share semula dekat korang.
Cara nak guna fabric starch ni
- Spray dekat tempat yang nak senang terbentuk tu. Jangan spray banyak sangat. Sekali tekan je cukup bagi dia evenly distributed.
- Tunggu 2-3 mins.
- Gosok tudung macam biasa. Iron jangan panas sangat. Settle.
Tudung cantik je terbentuk walaupun pakai tudung chiffon atau tudung satin. Tapi masalah dia satu je, bila hujan memang akan hilanglah fungsi dia sebab starch dah larut kena air hujan.
Atau korang boleh guna cara ni jugak. Tanpa gunakan fabric starch.
Apa-apa pun worth it la kan kalau cuba kan? jadi, selamat mencuba!
Cakap pasal tudung on point, korang jugak boleh cuba tips daripada Alha Alfa dekat artikel ni: Ramai Masih Tak Move On Dengan Tudung Nikah ‘On Point’ Ayda Jebat