Cinta Sejati Sebenar, Lelaki Tetap Terima Isteri Seadanya
Kalau ditanya apa definisi cinta sejati yang sebenarnya, jawapannya ialah mereka yang terima diri kita seadanya. Bukan luaran yang menjadi ukuran. Gitewww.
Macam kisah yang viral baru-baru ni, seorang wanita memuji keikhlasan suaminya yang sanggup terima dirinya yang mengalami cacat kekal pada muka disebabkan insiden enjin bot.
Pada hari pernikahan mereka, wanita tersebut nampak sangat cantik & ayu dengan solekan dan busana pengantinnya. Nampak seri bahagia pengantin baru.
Dekat ruangan komen, ramai yang puji kecantikan wanita tersebut. Biarpun wajah dah tak sesempurna orang lain, beliau cantik dalam gaya tersendiri. Beliau juga bertuah sebab jumpa orang yang terima beliau bukan kerana kecantikan luaran yang boleh hilang bila-bila masa.
Kalau korang rasa korang tak sempurna, korang kena percaya yang cinta sejati tu masih ada. Dan terus percaya akan ada orang yang boleh terima korang seadanya.
Yang penting, korang kena love yourself first okey. <3
Semoga akak ni terus bahagia. Walaupun tak kenal, kami tetap support beliau.
Selamat pengantin baru!