Isu Baju Natasha Hudson Makin Panas Bila Rizman Ruzaini Buka Mulut
Isu baju seksi yang digayakan Natasha Hudson nampaknya makin panas. Ditambah pula dengan netizen prihatin yang turut #intothescene.
Isunya bermula bila Natasha Hudson pakai baju yang menampakkan bahu dan betis biarpun dengan imejnya yang bertudung. Kata netizen, memang tak sesuai langsung!
Menurut Natasha Hudson, baju tu sebenarnya disediakan pengasas produk dan beliau hanya pakai ikut tema majlis. Lagipun berlapik dengan kain warna kulit.
Jawab kepada kontroversi yang melanda Natasha Hudson, pereka baju tersebut, Rizman Ruzaini mula bersuara sebab isu ni boleh jejaskan imej yang beliau bina selama 15 tahun.
Kata Rizman, yang beliau tahu baju warna putih tu dah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya secara online 3 bulan lepas dalam satu lelongan dengan harga potongan 90%. Baju dari koleksi pengantin tu memang direka untuk mereka yang tak bertudung.
Jadi bila Rizman nampak Natasha Hudson pakai, beliau memang agak terkejut & marah sebab ia direka khas untuk orang yang tak bertudung dan pernah digayakan oleh Fasha Sandha.
Tapi teguran Rizman tak diterima sebab rakan kongsi produk kecantikan yang anjurkan majlis tersebut bagitahu supaya pereka fesyen hormat pelanggan yang membeli sebab ianya dibeli dengan duit bukannya air liur.
Cukup pedas ya masing-masing punya kenyataan. Harapnya isu ni dapatlah diselesaikan dengan cara yang baik.
Sebab orang kata industri hiburan ni kecik je. Pi mai pi mai tang tu jugakkk…