Pelik! Wanita Sanggup Belanja Ribuan RM Sebulan Sebab Nak Jadi ‘Baby Besar’
Pelik tapi benar, itulah dia hobi manusia. Zee nak share sikit pasal seorang wanita ni yang ada hobi pelik iaitu jadi baby besar atau baby dewasa.
Ya korang, baby besar ni bermakna dia jalani hidup macam baby tapi dalam keadaan diri dia dah besar panjang. Pelik kan? Macam tak ada kerja lain, tapi itulah kerja dia sebenarnya.
Dah tu pula sanggup dia belanja sampai RM1,268 sebulan (USD300) untuk hobi dia tu. Mungkin kalau dalam USD tak banyak kot, tapi bila tukar ke RM… Zee tak tahu nak cakap apa. Membazirnyaa.
Paiger Miller yang berusia 26 tahun merupakan seorang content creator yang jadi baby sepenuhnya sejak Mei 2018 akan mulakan hari dia dengan tukar pampers sebelum buat aktiviti fevret dia – main dengan barang permainan termasuklah koleksi patung Barbie dan Polly Pocket.
Selain daripada jana income daripada jadi baby, Miller ni juga ada bangunkan perkhidmatan laman sendiri bagi bantu komuniti baby dewasa yang ada lagi individu lain macam dia. Boleh tahan besar juga ya sebenarnya komuniti ni.
Dia juga ada dapat sponsor tau daripada pelanggan laman webnya. Mungkin pelanggan dia tu seronok tengok dia berlakon jadi baby agaknya.
Walaupun ada orang yang kutuk-kutuk hobi dia tu, Miller ni tak pernah ambil peduli pun sebab family dengan kawan-kawan dia sendiri pun support hobi dia yang dikatakan boleh bawa bahagia dalam diri dia. Btw, dia dah ada boyfriend okay, boyfriend dia pun support je dia. Bagus betul!
Nak kritik pun Zee tak tahu nak cakap apa, cumanya mungkin yelah hobi dia. Walaupun pelik, mungkin kita kena hormat hobi dia walaupun macam membazir. Tapi, Miller ni pun sama je macam kita. Ada hobi, dan enjoy dengan hobi dia.
Korang tengok sendirilah gelagat Miller dekat bawah ni:
Macam Zee, Zee suka beli buku tapi tak baca. Bila tengok buku tu macam puas gila. Dan sentiasa akan cari buku-buk nak cukupkan rak yang dah penuh tu. Sampai Zee rasa boleh buat library dah.
Hobi korang pula apa? Pelik macam Miller ke biasa-biasa je macam Zee? Share lah dengan Zee dekat komen. Mana tahu hobi kita sama ke, boleh kita kenal-kenal dan share.