Buat Hal Lah! Jenama Veniza Keluarkan Fesyen WFH Bikin Ketawa
Wabak pandemik COVID-19 banyak menyaksikan keperluan kakitangan untuk bekerja dari rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan. Bila dah kerja dekat rumah, pastinya akan tetap dengan fesyen-fesyen dekat rumahlah kan.
Ada yang work from home (WFH) sambil pakai baju tidur, siap pakej tak mandi lagi tu. Ada juga yang celik celik mata terus hadap laptop buat kerja tak sempat mandi. Tapi bila bos ajak meeting online, mulalah kelam kabut cari pakaian yang proper. Sama macam Zee >.<
Macam faham dengan apa yang sedang bermain dalam minda pekerja yang terpaksa bekerja dari rumah, sebuah syarikat jenama fesyen dari Kanada memperkenalkan koleksi WFH. Kreatif! yang penting memang menghiburkan betullah.
Contoh koleksi yang dorang perkenalkan adalah set sut beserta kemeja T yang nampak proper, tapi bila pandang bawah, model pakai short je! Hadui. Memang peel WFH ni.
Yelah kalau WFH dan ada online meeting, orang hanya akan nampak bahagian atas badan je kan, mana nampak bahagian bawah badan.
Sebelum ni dah beberapa jenama fesyen lain turut keluarkan fesyen WFH ni. Contohnya Prisma.
Pandai kan syarikat fesyen buat marketing sesuai dengan keadaan semasa. Netizen pun boleh relate sebab memang itu pun hakikatnya yang ramai orang buat sekarang.
Tapi hati-hati, kalau korang pakai macam ni masa online meeting sila pastikan angle kamera korang tu betul-betul focus bahagian atas je. Jangan jadi macam kes seorang wartawan tu. Baca berita nampak properlah pakai sut siap tie, sekali bila dia bergerak kantoi busuk pakai short.