Jangan Ambil Mudah! Sakit Senggugut, Apa Yang Perempuan Kena Tahu?
Senggugut adalah masalah biasa yang dialami perempuan sebelum dan semasa datang haid atau period. Ada sesetengah perempuan mula datang period dengan rasa sakit dekat kawasan abdomen, rasa kembung perut, loya tekak, sakit kepala, sakit dekat bahagian belakang atau pun lenguh.
Mungkin ada yang boleh tahan rasa sakit yang datang dalam beberapa hari tu, tapi kalau dah terlampau kuat sampai mengganggu urusan seharian ada benda yang kena korang tahu tentangnya.
Senggugut dalam istilah perubatan dipanggil dismenorea dibahagikan kepada dua bahagian:
- Dismenorea primer – sakit yang berulang dan tidak disebabkan oleh sakit lain. Boleh berlanjutan antara 12-72 jam.
- Dismenorea sekunder – sakit yang disebabkan oleh keadaan yang tak diketahui atau melibatkan gangguan pada organ pembiakan wanita.
Senggugut adalah benda biasa sebenarnya. Rasa sakit tersebut datang disebabkan oleh rahim sedang meluruhkan lapisan dindingnya untuk bersedia bagi kitaran haid yang seterusnya. Bila datang haid, dinding rahim yang berotot akan mengejang menyebabkan lapisannya luruh dengan menghalang salur-salur darah yang kecil.
Dalam masa yang sama, badan membebaskan hormone prostaglandin untuk buatkan rahim korang mengejang lagi – bawa kepada rasa sakit lagi.
Risiko dismenorea primer boleh jadi makin teruk disebabkan:
- umur datang haid pertama kali yang awal
- tempoh period yang panjang (berhari -hari)
- obesiti
- merokok
- alcohol
Sakit senggugut ni saintis pun tak tahu secara tepatnya kenapa melainkan yang Zee bagitahu kat atas tadi – rahim meluruhkan lapisan dindingnya yang dah menebal. Untuk dismenorea primer ni ada beberapa cara boleh korang buat untuk kurangkan rasa sakit:
- makan pain killer – jenis Ponstan, Synflex dan Ibuprofen
- kalau teruk mungkin boleh dapatkan nasihat doktor untuk makan pil perancang – untuk haling proses ovulasi dan kurangkan jumlah darah haid
- buat senaman ringan/mengurut
- amalkan pemakanan seimbang
- tuam menggunakan air suam di kawasan bawah perut
- gunakan halia dalam makanan atau minuman
Untuk dismenorea sekunder pula, agak susah untuk korang tahu dan bezakan. Cuma korang boleh berjumpa dengan doktor bila rasa sakit menjadi semakin teruk dan berpanjangan. Zee harap, korang bolehlah dapatkan maklumat tentang senggugut daripada sharing Zee ni.
Kalau korang senggugut, selalunya korang akan buat apa?