5 Cara Cepat Hilangkan Jerawat Dalam 1 Hari
Masa ada event penting, mestilah masa tu juga jerawat nak naik. Lagi pula dengan keadaan sekarang yang memerlukan kita sentiasa pakai mask, memang mudah jerawat naik. Meriah berpesta bak kata orang.
Bila naik jerawat ni mulalah rasa stress, self-esteem pun memang low habis. Nak jumpa orang pun malu. Lebih-lebih lagi kalau jerawat jenis yang bernanah tu.
Jangan pening-pening lagi, Zee ada cara mudah yang boleh korang buat untuk hilangkan jerawat dalam masa sehari je! Ya, sehari je. Jangan tak percaya pula. Sebab Zee pun selalu buat, terutamanya guna cara no 2 tu.
1. Ais batu
Bungkuskan beberapa ketul ais batu dalam kain bersih dan tuamkan pada kawasan berjerawat. Tuam sekejap, jangan tekan kuat-kuat tau, risau nanti jerawat pecah dan luka menyebabkan merebaknya lagi bakteria yang sebabkan jerawat.
Kalau korang ada pouch yang memang khas untuk isi ais tu, bolehlah gunakan. Dekat Daiso pun ada jual kalau Zee tak silap. Harga pun murah jee, Daiso kann..
2. Aloe vera
Haa, korang kalau search pasal tip kecantikan je mesti akan jumpa perkataan aloe vera. Sebabnya aloe vera ni memang terbukti berkesan untuk jadikan kulit korang lebih peloles bak kata orang.
Kaya dengan vitamin, korang ambil lendir aloe vera dan letakkan dekat kawasan jerawat. Mungkin untuk permulaan akan ada rasa gatal, tapi jangan garu. Biarkan je. Tahanlah kalau korang nak jerawat korang kecut dalam masa 1 hari.
3. Madu
Selain daripada untuk kesihatan, korang boleh juga gunakan madu untuk kecutkan jerawat. Khasiat antibiotik yang ada pada madu akan bunuh bakteria jahat yang sebabkan jerawat kat muka korang tu. Kalau korang gunakan madu yang asli, memang lagilah berkesan daripada korang guna madu yang beli dekat kedai runcit tu.
4. Bawang putih
Kalau korang jenis memasak, mesti ada punyakan bawang putih dekat dapur? Haa, hancurkan seulas, kemudian tambah air sikit sebelum sapukan dekat kawasan berjerawat. Letak dalam 10 minit, lepas tu korang cuci bersih muka.
Jangan lupa letak air tau. Kalau kulit korang tak tahan, direct contact antara bawang putih dengan kulit boleh sebabkan keradangan nanti.
5. Pimple patch
Yang ni lagi mudah, tapi kena keluarkan duit. korang cari je dekat farmasi atau Watson, mesti ada punya. Yang ni kalau korang nak pakai masa keluar rumah pun boleh sebab pimple patch ni jenis transparent.
Jadi Zee rasa lepas ni kalau korang nampak je ada jerawat nak naik, cepat-cepatlah cari 5 bahan ni. Lepas tu tepek dekat jerawat. Dalam masa 1 hari je kulit korang dah bebas jerawat.
Power kan? Selamat mencuba! Jangan cakap Zee tak inform tau.