Ada Bran? Jom Sahut Cabaran Masuk Gua Yang Penuh Dengan Jutaan Lipas Ni
Lipas dengan Zee memang tak pernah ngam. Dalam banyak-banyak serangga, Zee paling paling paling dan terpaling benci dengan lipas.
Okey, Zee nak share dengan korang pasal lipas. Korang tahu tak dekat Sabah, ada gua yang jadi penempatan jutaan lipas. Ya, korang tak salah dengar.
Biasa dalam gua orang akan buat eksplorasi untuk tengok tumbuhan, kelawar, burung dan sebagainya. Tapi dekat gua ni korang boleh jumpa pelbagai spesis lipas – dari anak sampailah ke nenek moyang dia.
Dengan keluasan 3,297 hektar, Gua Gomantong di Kinabatangan, Sabah ini bukan sahaja menjadi penempatan lipas tetapi juga kawasan tempat tinggal burung walet yang jadi sumber pendapatan masyarakat tempatan.
Zee tak dapat bayangkan macam mana orang yang pergi kutip sarang burung walet tu perlu lalu lantai bukan je dah tertutup dengan lipas, kumbang, tikus dan ular, tapi juga tahi burung walet dan kelawar. Gelilah!
Untuk yang fobia dengan lipas, Zee rasa kalau korang masuk memang korang boleh pengsan sebab terlampau geli. Jadi janganlah cuba-cuba berani nak datang masuk.
Walaupun penuh dengan lipas, Gua Gomantang ni diiktiraf WWF sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia tau. Bukan calang-calang.
Kalau korang ada hasrat nak ke sini, bolehlah sewa kenderaan dari Sandakan sebab tak ada pengangkutan awam yang disediakan. Bayaran tiket masuk pula cuma RM5 untuk orang tempatan dan RM2 untuk pelajar.
So, Zee nak tanya ada bran ke nak explore Gua Gomantong ni? Cuba tag sekali kawan korang yang geli lipas tu, tanya dorang berhasrat ke nak hapuskan fobia tu.