Wabak COVID-19 Dikesan Di Beberapa Mall Di KL & Selangor
Memandangkan sekarang wabak COVID-19 dah masuk gelombang ketiga, syarikat Cik Zee ni suruh semua kakitangan bekerja dari rumah je dan sekiranya ada keperluan mendesak barulah akan ke pejabat dalam usaha untuk mengelakkan penularan berlaku di pejabat.
Untuk pengetahuan korang di sekitar KL dan Selangor sudah ada beberapa buah mall yang disahkan ada kes COVID-19.
Di sini Zee senaraikan beberapa yang terlibat untuk panduan korang.
1. Mid Valley, The Gardens & 3 Damansara
Pihak pengurusan The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) pada 11 Oktober lalu telah mengesahkan seorang pekerja outletnya, London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) didapati positif COVID-19.
Dalam kenyataan di Facebook, pihak pengurusan mendedahkan pada 9 Oktober lalu pekerja berkenaan memaklumkan pihak pengurusan di LSC bahawa seorang ahli keluarganya terdedah kepada virus berkenaan.
Beliau telah bertindak mengasingkan dirinya secara kuarantin kendiri bagi membolehkannya menjalani saringan ujian COVID-19 dan pada 10 Oktober lalu beliau disahkan positif.
Buat sementara waktu, ketiga-tiga kedai yang bernaung di bawah syarikat LSC diarahkan tutup buat sementara waktu dan pengoperasiannya semula akan diumumkan di masa akan datang.
LSC adalah syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di The Gardens Mall (TGM) dan Surreal by Élévatione Time Stops di Mid Valley Megamall (MVM).
2. Bangsar Shopping Centre
11 Oktober lalu, Bangsar Shopping Centre (BSC) mengumumkan penutupan operasi sementara waktu selepas salah seorang daripada pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit, Origani disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya, pekerja berkenaan dikatakan tidak menunjukkan sebarang gejala semasa bekerja pada 6 Oktober lalu.
Selepas dari itu, pekerja tersebut tidak berada di BSC dan susulan itu butik berkenaan telah menutup premis kedainya dan meminta semua pekerjanya menjalani ujian saringan mengikut saranan KKM.
3. 1 Utama
Kes positif pertama dilaporkan di 1Utama pada 5 Oktober melibatkan pekerja Mac City Service Centre, kes kedua melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Selepas daripada itu, 2 lagi kes dilaporkan.
Selepas 4 kes dilaporkan di sana, pihak pengurusan dalam kenyataan menggesa pekerja dan pengunjung yang berada di bahagian kosmetik Parkson Elite (di aras G) serta Mac City Service Centre (di aras 2) dari 25 September hingga 7 Oktober untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan setakat ini semuanya telah disahkan negatif.
Dalam masa yang sama juga, pihak pengurusan mengesahkan kompleks membeli belah itu hanya akan dibuka semula setelah semua pekerja 1 Utama dan penyewa menjalani ujian saringan.
Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya juga ditutup selepas lima pekerja di sana positif Covid-19.
Selain daripada 3 dekat atas, beberapa mall lain sebelum ini dilaporkan mencatatkan kes positif. Namun proses sanitasi dah pun dilakukan.
Korang yang nak keluar tu jangan lupa ikut SOP penjarakan sosial, amalkan kebersihan diri dan kerap cuci tangan.
Dah mula kena start work from home, nanti aku share aktiviti aku pula. Kena susun cantik, kalau tak work from home aku memang tak produktif.
Kredit gambar utama: Sunway Pyramid, 1Utama