3 Hari 2 Malam di Terengganu
Haluuu semua! Sis baru jer balik bercuti daripada satu-satunya negeri yang ada penyu, mana lagi kalau bukan Terengganu. Finally dapat pergi negeri yang ada pantai. Fuhh theraphy! So long story short, sis akan cerita apa yang sis buat selama 3 hari 2 malam kat Terengganu. Mana tahu korang nak terjah Terengganu kan.
Day 1
- 1st Stop | Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Sis sampai-sampai jer Terengganu terus pergi serbu Pasar Kedai Payang. Tapi serious ramai weh pergi weekend, dah lah tak ada penjarakan sosial. I is scared terus keluar, tak beli apa-apa. Dapat kepanasan yang melampau jer lah tapi sempat buat content HAHAHA. Kalau korang nak datang, datang lah weekdays taw. Sis warning awal-awal.
- 2nd Stop | Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu
Sis dah give up dengan keramaian dan kepanasan kat Pasar Kedai Payang tuu sis terus gerak Terengganu Drawbridge, dekat gila weh. Dari 1st stop tu pun dah boleh nampak. Yela kan benda tu new attraction untuk semua orang. Excited lah sis nak pergi. Mesti lah sebab nak bergambar jer. Ikut trend lah kan.
- 3rd Stop | Pantai Penarik, Setiu
Haa ni stop terakhir untuk hari pertama sis. Kenapa Pantai Penarik? Haa sebab sis pilih homestay kat situ. Pastu yang bestnya, ada banyak kedai makan celup tepung kat sini. Tinggal pilih jer kalau nak makan. Waktu ni memang dah tak sabar nak pergi Pulau Redang esok. So sis memang malas nak keluar makan ke apa, nak berehat jer.
Day 2
- Snorkelling Time | Pulau Redang
Wuu finally, beach time! Bangun pagi excited bersiap nak pergi Pulau Redang. Jeti pun 3 minit jer dengan homestay. Sis ambil pakej day trip ke Pulau Redang, so dia ada bawa 5-6 check points untuk snorkelling sampai ke petang. Makanan lunch pun disediakan daripada pihak snorkelling. Fuhh syiok weh!
- Berenang bersama Penyu | Turtle Point, Pulau Redang
The highlight of the day is sis dapat tengok dan berenang sesama dengan penyu. Excited dan takut at the same time weh. Yela dekat kot dengan penyu tu, dah lah penyu tu sangat mesra manusia ya. Dia pula yang datang kat kita. Lagi lah rasa seram. Tapi tak payah struggle nak kena cari penyu-penyu tuu. Dah lah besar weh penyu dia. Cute!
- BBQ | Pantai Penarik Homestay
Lepas jer balik snorkelling terus pergi beli barang-barang nak buat BBQ untuk malam nanti. Settle semua bahan perap bagai, ini lah masanya untuk tidur ya. Sambil-sambil nak perap ayam boleh lah charge our body gittuw! Bila dah ada energy balik, baru lah buat BBQ. Sedap weh makan-makan macam ni, bonding time. Lepas makan tidur lah apa lagi.
Day 3
- 1st Stop | Pantai Penarik, Setiu
Sis bangun jer tidur pukul 8 pagi terus siap-siap nak pergi ambil Vitamin C dekat tepi Pantai Penarik. Demi nak ambil gambar weh, sanggup bangun pagi nak melawa. Yela checkout pun pukul 12 kan. Berangan lah dulu.
- 2nd Stop | Singgang Budu, Kuala Terengganu
Sis dah buat research makan tengahari sedap kat Kuala Terengganu. So apa lagi sebelum pergi jalan-jalan kita kena lah isi perut dulu. Kat sini masakan dia memang sedap dan murah. 7 orang makan pun baru RM110, dah lah mostly makan seafood. Berbaloi!
- 3rd Stop | Pasar Kedai Payang
Disebabkan hari pertama tak membeli, sis decide untuk pergi membeli pada hari terakhir, dengan harapan tak ramai orang. Uishh nasib baik weh memang tak ramai sebab Isnin. Yang penting lepas membeli kat Pasar Kedai Payang, sis beli air kelapa daripada mak cik ni. Sumpah sedap. Tak cukup weh beli 1 cawan. Try lah cari mak cik ni.
So ini lah cerita yang dah pun sis pendekkan. Kalau korang nak datang bercuti kat Terengganu, boleh lah baca cerita sis ni. Tak ada apa yang rushing pun, boleh jer santai-santai. Apa-apa pun terima kasih Terengganu. Janji akan repeat lagi lepas habis musim tengkujuh tahun depan.
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Ganu kito ni. Jangan lupa tunggu next story Sis Fell. Sis nak share tempat Instagrammable kat Terengganu dan Pulau Redang. Confirm gambar meletop! Haa kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.