Ramai Tak Tahu Boleh Naik Menara Tinjau Dekat Jambatan Angkat Terengganu – Harga Tiket RM5 Je!
Selalu kalau sebut je Terengganu, pastinya orang akan berkongsi mengenai kecantikan dan keindahan pulau-pulau yang ada di sana.
Malah pastinya juga ada yang tidak akan lepaskan peluang melihat jambatan angkat Terengganu yang baru je siap dibina beberapa tahun lepas kan?
Ramai yang tak tahu sebenarnya jambatan angkat Terengganu mempunyai menara tinjau yang boleh dilawati dengan harga tiket serendah RM5 je! Murah sangat kan?
Apa yang ada dekat menara tinjau ni?
Dari menara tinjau, pengunjung akan disajikan dengan keindahan Kuala Terengganu dari sisi atas – sisi yang jarang orang lihat. Dekat dalam menara tinjau ini juga adanya galeri yang menyimpan hasil karya seni anak tempatan.
Sambil-sambil layan view Kuala Terengganu, sambil tu boleh tengok hasil idea dan kreativiti seni anak tempatan. 2 in 1 pakej cuci mata dari atas.
Macam mana nak ke sini?
Haa, korang kena jalan kaki sikit ikut laluan pejalan kaki yang disediakan. Tak penat pun jalan kaki sebab sambil jalan, korang bolehlah berOOTD dengan latar belakang laut. Bila bayang pun dah nampak cantiknya view dekat situ.
Boleh juga kalau nak berhenti naik kereta dekat tepi tu. Ada disediakan kawasan untuk park kereta juga tapi terhadlah.
Berbaloi datang waktu pagi dengan malam – dua waktu view paling lawa setakat ini.
Isnin-Khamis: 10 pagi – 7 malam
Sabtu-Ahad: 10 pagi – 10 malam
Jumaat ditutup: 12.30 tengah hari – 2.30 petang
Untuk maklumat lanjut, boleh lawat website.