Lihat Sisi Dekat Topeng Muka Apple Yang Dicipta Khas Untuk Kakitangan Mereka
Wabak pandemik COVID-19 seakan tak nampak surut. Mengambil kira isu keselamatan pekerja, syarikat teknologi terkenal, Apple telah menghasilkan sendiri mask yang direka khas untuk keselamatan kesihatan kakitangan mereka terutamanya yang bekerja di Apple Store.
Dihasilkan dalam 2 versi, iaitu Face Mask yang dilengkapkan dengan 3 lapisan dan Clear Mask yang mempunyai ciri topeng pembedahan lutsinar.
Mask keluaran Apple ini agak unik kerana direka dengan saiz yang besar yang menutup dari kawasan hidung hingga dagu pengguna, selain daripada tali yang boleh diubah suai panjangnya sesuai dan selesa dengan telinga pengguna.
Menurut Bloomberg, Face Mask merupakan rekaan sendiri oleh Apple manakala versi Clear Mask pula direka oleh sumber luar iaitu hasil kolaborasi bersama Gallaudet University, Washington.
Tonton sisi dekat mask Apple dalam video unboxing di bawah: