Meriah Macam Pelangi! Roti Canai Viral Yang Patut Anda Cuba Jika Ke Kuala Selangor
Meriah macam pelangi, itulah tarikan terbaru untuk orang ramai kunjungi jika bercuti ke Kuala Selangor.
Rakyat Malaysia dengan roti canai memang tak boleh dipisahkan. Di Malaysia sahaja, sudah pelbagai variasi dilakukan pada menu roti canai antaranya ada roti planta, roti kosong, roti tisu dan roti telur.
Tapi pernah tak korang dengar pasal roti pelangi? Konsepnya sama je macam roti canai biasa, cuba yang berbeza hanyalah rasa dan warna yang disediakan. Contohnya roti perasa durian warna oren, perasa strawberi warna merah, perasa epal warna hijau dan sebagainya.
Menarik kan?
Tak pernah orang buat tapi Warung Dimyati Roti Canai ni buat dan itulah menjadikan perniagaan mereka lebih menarik dan dikunjungi orang ramai yang mahukan kelainan.
Beroperasi 7am sampai 12pm setiap hari kecuali Jumaat dan Isnin, harga roti canai ni memang murah sebab masih dikekalkan dengan harga RM1. Murahnya!
Sebab itulah kalau nak datang hujung minggu, kena keluar awal. Kalau tidak memang beratur panjang sampai ke luar kedai!
Selain daripada menu roti canai, orang ramai boleh juga cuba menu lain macam Nasi Lemak, Nasi Ambeng, Lontong, sushi dan sebagainya.
Jadi kalau ke Kuala Selangor, jangan lupa singgah sekali di gerai ini untuk mencuba tau. Lepas lepak makan roti canai pelangi, bolehlah singgah jeti Kuala Selangor pula untuk lihat kunang-kunang pada waktu malam nanti.