Kolaborasi Vans x Moma Hasilkan Koleksi Ohsem Dari Artis Terkemuka Dunia
Kolaborasi terbaru antara Vans dengan The Museum of Modern Art (MoMA) bakal menghasilkan koleksi ohsem yang mengumpulkan pelbagai karya seni daripada artis-artis terkemuka seperti Salvador Dalí, Vasily Kandinsky, Claude Monet, Edvard Munch, Jackson Pollock, Lybov Popova, and Faith Ringgold.
Akan dilancarkan dalam dua sesi berasingan, sesi pelancaran pertama akan dibuat pada 30 September menampilkan koleksi daripada Salvator Dali, Vasily Kandinsky dan Claude Monet dan yang kedua pada bulan November pula akan menampilkan Edvard Munch, Jackson Pollock, Lybov Popova dan Faith Ringgold.
Pelancaran pertama yang merangkumi 10 jenis barangan yang terdiri daripada kasut, pakaian dan aksesori dengan menampilkan corak ikonik checkerboard Vans yang turut ditawarkan dalam saiz kanak-kanak.
Boleh didapatkan secara rasmi bermula 30 September ini di website Vans, apa kata korang cuci mata dulu tengok gambar koleksi ini.
Sumber: Hypebeast