Jeragat Tak Bahaya, Tapi Takkan Nak Biar Je?
Di media sosial sekarang tengah ‘in’ trend menambah bintik jeragat di muka. Trend yang dimulakan di Barat dan Korea Selatan ini dianggap semakin mengangkat ‘martabat’ jeragat yang sebelum ini sering dipandang lekeh oleh masyarakat.
Ditambah untuk menarik perhatian mereka yang memandang, tahukah anda sebenarnya jeragat tak bawa mudarat pun pada mereka yang mengalaminya? Tapi takkan lah sanggup nak biarkan je dekat muka kan?
Menurut pakar estetika, Dr Riza Hartini Razalim biarpun jeragat ni bukanlah sesuatu yang memudaratkan, tetapi ianya berpotensi mengalami mutasi dan boleh menjadi tanda awal kanser kulit. Berpunca daripada peningkatan melanin dalam badan, jeragat tidak hadir bersama simptom seperti gatal atau pedih.
Kalau ada jeragat nak buat macam mana? Haaa, selain daripada berjumpa dengan pakar kulit, kami ada tawaran penyelesaian lain untuk masalah ini.
1. Sentiasa jaga kebersihan kulit
Apa-apa pun kebersihan muka kena jaga. Kalau tak jaga kebersihan muka, jangan kata jerawat segala penyakit pun boleh naik dekat muka. Amalan penjagaan macam biasa je – cuci muka, penyegar, pelembap, sunblock dan serum. Ini 5 step penting yang tak boleh korang tinggalkan.
2. Aloe vera
Manfaat aloe vera ni memang banyak sangat. Selain lebatkan rambut, aloe vera juga sesuai untuk muka. Bila amalkan pakai aloe vera, bukan setakat jeragat hilang tau, nanti muka pun nampak flawless tanpa cela.
3. Teh hijau
Selain popular sebagai minuman detox, teh hijau juga boleh korang gunakan sebagai skrub muka tau. Bila dah rendam teh hijau dalam air panas, uncang tadi jangan buang. Gosokkan perlahan ke muka. Nanti muka akan rasa cool je.
Tak perlu step banyak-banyak pun. Korang amalkan 3 benda ni dan jadikan dia rutin wajib harian dan mingguan mesti dalam masa seminggu dah boleh nampak jeragat dekat muka makin kurang dan pudar.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: WRCB