Gadis Kongsi Kisah Seram Beli Baju Bundle Milik Mangsa Kemalangan
Pakaian terpakai atau pakaian bundle mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Di Malaysia, industri bundle ini dipilih bukan semata-mata kerana harganya yang murah, tetapi juga kerana mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Namun memilih pakaian bundle atau menjadi pemilik kedua, ada beberapa risiko yang perlu korang tahu, iaitu asal usul baju yang ingin dibeli.
Seorang gadis di laman Twitter, Aisya telah berkongsikan satu kisah seram yang dialami rakannya selepas membeli sehelai hoodie dari sebuah kedai bundle di Raub, Pahang.
Menurut Aisya semasa hoodie tersebut dibeli, rakannya perasan ada kesan seakan darah di kawasan tengkuknya. Namun seperti yang dijangkakan, kotoran tersebut hilang selepas dibasuh.
Hinggalah pada suatu hari, rakannya bermimpi didatangi seseorang yang meminta agar barangnya dipulangkan semula. Dan mimpi tersebut berulang selama seminggu.
Tidak tahan diganggu, rakannya menceritakan kepada ibunya sebelum beliau dibawa bertemu dengan ustaz. Antara soalan yang ditanya kepada rakannya ialah, “pernah ke beli barang daripada kawan-kawan atau kedai pelik?”
Apabila semuanya diceritakan kepada ustaz, ustaz meminta agar mereka berjumpa semula dengan pemilik kedai bundle tersebut bagi mengetahui keadaan sebenar. Rupanya-rupanya…
Mengetahui keadaan sebenar, rakan beliau kemudiannya memulangkan semula baju berkenaan namun kerana trauma dengan apa yang berlaku, rakan beliau mengalami masalah tak boleh tidur.
Selepas apa yang berlaku, Aisya menasihati mereka yang mahu membeli pakaian bundle agar lebih berhati-hati dalam memilih pakaian terpakai tersebut supaya tak ada masalah lain di masa akan datang.
Seram kan?
Jadi ikutlah pesanan Aisya supaya memilih dengan berhati-hati. Kalau agak dah pakai tapi masih tak sedap hati, seeloknya tinggalkan jelah. Lagi pun mencegah kan lebih baik daripada mengubati.