Tip Elak Ketiak Berbau Macam Ikan Kering
Kalau naik pengangkutan awam, memang selalulah korang akan berdepan dengan situasi ni. Terutamanya bila waktu puncak balik kerja. Boleh pening dibuatnya, tambah lagi bila keadaan sesak dengan ramai orang. Menyucuk-nyucuk baunya!
Masalah ketiak berbau memang biasa yang selalu dihadapi terutamanya jika cuaca panas. Kalau ke tempat awam dalam keadaan berpeluh, risau sangat ada bau pada ketiak.
Pertama sekali korang kena tahu peluh tak mendatangkan bau. Yang jadi punca busuk tu ialah bakteria yang ada dekat kawasan tersebut.
Ada beberapa cara untuk hilangkan bau ketiak yang macam ikan masin tu.
1. Soda bikarbonat
Campurkan 1 sudu jus lemon dan 1 sudu soda bikarbonat, kemudian sapukan pada bahagian ketiak seketika sebelum membilasnya dengan air. Kalau tak ada jus lemon, boleh gantikan dengan tepung jagung dan sedikit air. Buat setiap kali selepas mandi.
2. Cuka epal
Celup kapas pada sedikit cuka epal dan sapukan pada ketiak. Buat setiap kali lepas mandi atau pun ketika mandi.
3. Lemon
Ambil hirisan lemon dan sapu perlahan pada kawasan ketiak setiap kali lepas mandi. Selain daripada hilangkan bau, lemon juga bantu hilangkan masalah ketiak hitam tau.
4. Batu kristal
Nak senang, beli je batu kristal yang ada dijual dekat Guardian dan Watson. Setiap kali lepas habis mandi, sapukan je pada ketiak. Tapi kena ingat sebelum sapu tu basahkan sikit, nanti berdarah pula ketiak korang.
5. Bedak bayi
Bedak bayi ni orang dulu-dulu selalu gunakan untuk atasi masalah bau ketiak. Cara guna mudah sahaja, sapu je dekat ketiak bila rasa ketiak mula basah. Fungsinya supaya peluh cepat terserap pada bedak dan bau diperangkap dalam serbuk bedak.
Jadi lepas ni tak ada dah masalah ketiak berbau. Kalau masih rasa insecure, sediakan jelah satu botol bedak kecil dalam beg. Rasa nak berpeluh, tabor banyak-banyak bedak dekat kawasan ketiak.
Kalau masih lagi rasa insecure, jumpalah doktor untuk dapatkan penjelasan lanjut.
Kredit gambar utama: Everyday Health