Minum Air Sejuk Punca Berat Tak Turun, Fakta Atau Auta?
Air sejuk selalu dimomokkan sebagai punca berat badan tak turun. Bukan setakat itu, ia sering disalahkan sebagai punca masalah kesihatan lain seperti kejang otot, urat kembang, rahim kembang dan sebagainya.
Kalau nak tahu air sejuk sebenarnyalah yang banyak membantu dalam menurunkan berat badan dan menaikkan metabolisme diri. Tapi air sejuk tu pastikan air kosong sejuk tau, bukannya air manis.
Mitos lain berkenaan air sejuk ini ialah penyebab kepada masalah perut buncit selepas minum air sejuk lepas makan. Alasannya, air sejuk jadi punca lemak membeku di perut. Sedangkan semuanya disebabkan tabiat lepas makan terus tidur. Kemudian salahkan air sejuk.
Beberapa lagi mitos mengenai ais yang tak patut korang percaya ialah ais merupakan punca kepada masalah senggugut dan darah berketul semasa haid. Senggugut merupakan perkara biasa yang terjadi semasa wanita didatangi haid. Kalau dah teruk sangat, kena jumpa doktor.
Untuk pengetahuan korang, air sejuk atau ais sebenarnya banyak membantu dalam merawat kecantikan wanita.
Antaranya:
- Merawat masalah jerawat
- Menjadikan wajah lebih anjal
- Meningkatkan peredaran darah
- Mengecilkan liang pori
- Mengurangkan masalah mata sembab
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
Jadi kalau masih ada yang kata air sejuk tak elok untuk tubuh badan dan jadi punca kepada masalah berat badan, tanya pada mereka doktor mana yang cakap macam tu.
Kredit gambar utama: Allaway Canada