Guideline Fesyen Untuk Wanita Kekal Tampil Elegan Di Usia 30-an
Umur 30 tahun selalu menjadi penanda aras dalam perubahan diri seseorang. Tak kisahlah dari segi perangai, mentality dan fesyen semuanya kena disesuaikan supaya nampak lebih matang dan berkarisma.
Jika umur 20 tahun, kita masih di fasa mencari identiti diri, umur 30 tahun pula adalah fasa membentuk identiti diri yang lebih mantap.
Fesyen macam mana yang sesuai untuk wanita 30-an? Kata kuncinya ialah ringkas tapi tetap nampak elegan.
Aksesori
Aksesori ‘berat’ mungkin tak sesuai untuk usia 30-an. Nak pilih aksesori, biarlah yang ringkas dan sesuai untuk digunakan dalam sebarang situasi. Aksesori yang menampakkan diri terlihat matang tapi bukanlah tua.
Sebagai contoh untuk jam tangan, lebih sesuai jika gunakan jam tangan besi warna basic seperti gold, silver atau pun hitam. Zaman jam dengan warna-warna terang sudah tidak sesuai dengan anda.
Gaya Rambut
Masih lagi pegang pada prinsip ringkas, wanita 30-an tidak sesuai tampil dengan gaya rambut bold dan provokatif. Tiada lagi rambut warna warni, tiada lagi gaya rambut yang over. Lebih selamat pilih gaya rambut lurus ke bawah, sama ada paras leher, paras bahu atau paras dada.
Pakaian
Menjelang usia 30 tahun, ramai pakar dalam bidang fesyen mencadangkan agar tiada lagi gaya mini skirt atau seluar pendek. Yang lebih baik, pilihlah skirt atau seluar yang berada di paras atas lutut atau tulang kering. Untuk mereka yang bertudung, rasanya tiada masalah kerana sering tampil dengan pakaian menutup aurat.
Untuk tampil dengan gaya professional, pilihan corak pakaian yang nampak klasik tetapi tetap mempunyai aura elegan. Contohnya, kalau anda gemarkan corak black metal, mungkin cukuplah hanya sekadar pakai di rumah je.
Contoh fesyen wanita usia 30-an:
Sebenarnya usia 20-an dan 30-an tidaklah terlalu berbeza. Namun menjelang usia 30-an, kebanyakan wanita tahu apa yang mereka nak dalam kehidupan, berbanding mereka di usia 20-an yang baru nak masuk dunia dewasa dan sentiasa terbuka untuk mencuba benda baharu.
Jika anda tak tahu nak berfesyen bagaimana di usia 30-an, mungkin boleh follow selebriti ikon fesyen seperti Neelofa dan Fazura yang sentiasa tampil dengan gaya sesuai dengan umur mereka.