Psss, Wanita Bertudung, Ini Tip Matching Kan Warna Tudung Dengan Baju
Lumrah wanita mesti nak nampak cantik supaya tampil lebih yakin. Untuk wanita bertudung pastinya ada konflik semasa mahu matchingkan warna tudung dengan warna baju. Itu tak kena, ini tak kena.
Haa, kami ada carta mudah untuk wanita bertudung pilih warna tudung yang sesuai untuk warna baju.
Daripada carta di atas kita nampak warna yang paling senang nak matchkan adalah hitam dan putih. Tapi bosan juga kalau asyik-asyik pakai tudung hitam.
Haa, kalau macam tu bolehlah pilih warna-warna yang nude macam soft brown, soft pink atau pearl mint green. Kalau nak warna yang lebih menyerlah pula boleh cuba warna deep silver grey atau dark knight blue.
Lepas ni kalau tak tahu nak match kan tudung dengan baju bolehlah belek balik carta dekat atas. Mudah dah jimat masa. Yang penting pakai warna apa pun kena konfiden tau. Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: Iluminasi