Kesan dari penggunaan produk tempatan
Nak pilih produk berkualiti buatan tempatan bukan la boleh beli suka hati macam tu je. Banyak nak kena kaji dulu sebelum beli. Kalau boleh semua testimoni kita nak baca. Sesuatu produk tu akan lebih meyakinkan bila mengunakan bahan semulajadi. Sebab tak semua kulit manusia ni sama. Bukan warna kulit je yang membezakan, jenis kulit, daya sensitiviti kulit seseorang juga menyebabkan ramai memilih jalan selamat dengan mengunakan produk semulajadi berbanding chemical.
- Cendana1961
Produk Cendana 1961 ni berasaskan herba tradisi turun temurun dari jawa. Ada dua jenis produk yang dorang ketengahkan satu mask muka satu lagi face mist. Divariasikan lagi pelbagai pilihan bahan asas mengikut kesesuaian kulit masing-masing.
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram
- Ferrarossa
Produk Ferrarossa ni dihasilkan menggunakan teknologi skincare dari Korea. Sesuai untuk mereka yang ingin mencerahkan kulit dan nak nampak flawless ala-ala korea. Pernah memenangi HerBeauty Award 2018. So faham-faham je la tahap keberkesanan dia tu.
Dapatkan maklumat lanjut di: instagram
- H.E.A.D.S
Ni shampoo berasaskan formula dari Paris. Yang ni EH sendiri pakai. Sangat berkesan untuk rambut yang berwarna atau pun tidak. Senang kata sesuai untuk semua. Dah nak masuk 6 bulan pakai hasil dia memang memuaskan. Rambut lembut, lebih lembut dari pakai shampoo biasa.
Dapatkan maklumat lanjut di: instagram
- Tun Teja
Jamu Tun Teja (JTT) adalah campuran ramuan premium yang dapat meningkat kan kesihatan dalaman wanita secara keseluruhan, dapat mengatur kitaran haid, dan pelbagai lagi masalah wanita. Ni kira jamu yang payah kita nak telan tu tapi ni dah dimodenkan & senang untuk digunakan dimana-mana sebab dah di hasilkan dalam bentul paket kecik.
Dapatkan maklumat lanjut di: website
- Sabun Origin
Sabun Origin ni 100% Vegan, Bebas Kekejaman ke atas haiwan mahupun alam sekitar. Dan bebas dari wangian buatan, dan hanya menggunakan minyak pati semula jadi yang tulen sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram