Cara Tarik Pembeli dalam Perniagaan
Kebelakangan ini, kita lihat ramai di kalangan masyarakat kita yang berlumba-lumba menjalankan aktiviti perniagaan khususnya perniagaan online. Perniagaan jenis atas talian ini lebih mudah dipasarkan kerana anda tidak perlu berpanas berhujan demi untuk memasarkan produk atau barangan jualan anda. Semuanya boleh dilakukan di dalam rumah, di hujung jari sahaja. Oleh sebab itulah, ramai anak-anak muda merebut peluang berniaga secara online ini.
Namun, untuk perniagaan online, anda bukan sekadar tahu menjual sahaja malah, asas dan teknik-tekniknya juga perlu di ambil kira ya. Jika tidak, susah lah nak target orang membeli produk anda.
Saudara Alimuddin Zafrullah atau @TheAleem telah berkongsi cara untuk menarik pembeli membeli barangan anda di akaun Twitter milik beliau. Beliau menceritakan tentang Search Ads, yang mana ia merupakan komponen utama Google Ads.
Berikut merupakan perkongsiannya:
1. Search Ads adalah iklan yang ditunjukkan kepada pengguna yang mencari, berdasarkan kata kunci atau KEYWORD.
2. Contoh di bawah, bila search “Beli Kuih Raya” keluar iklan dari http://KiahRaya.com ni (disclaimer: aku buat iklan ni).
3. Jadi, kempen Search Ads sangatlah HIGHLY-TARGETED kalau dibuat dengan betul. Korang akan capai orang-orang yang sedia membeli.
4. Kau jual baju raya? Target keyword “beli baju raya” – dan begitulah seterusnya.
5. “Kalau macam tu, saya run Search Ads je lah. Tak perlu FB Ads kan?”
Tak jugak. Sebab tak semua produk/servis yang kau buat dicari orang.
Kalau ada orang cari pun, tak semestinya ramai mencari. Contohnya, kalau tak musim raya, orang tak akan search nak beli kuih raya.
6. Jadi, Search Ads ni sangat bergantung dengan SEARCH VOLUME dan COMPETITION.
7. Search Volume = Berapa ramai orang mencari satu-satu jenis keyword.
8. Competition = Berapa ramai pesaing atau competitor yang target keyword yang sama.
9. Competition ni penting untuk kau ingat, sebab Search Ads adalah berdasarkan lelongan. Kau bid lawan dengan competitors.
10. Macam biasa, kalau dah lawan bidaan dalam lelongan, harga akan meningkat.
11. Dalam Search Ads, kita bid per click.
Menurut Alimuddin, nak run iklan adalah tidak semudah yang disangkakan. Namun, ia juga tidak susah. Seterusnya, untuk dapatkan iklan lebih murah, korang boleh ikut panduan yang seterusnya ini.
12. Kalau nak iklan Search Ads murah, kena jaga Quality Score (QS).
13. QS ni skala 1-10, paling bagus adalah 10.
Menurut Alimuddin juga, terdapat 4 perkara yang mempengaruhi Quality Score iaitu:
- Keyword relevan
- Iklan relevan
- Click-Through Rate, CTR (historical atau expected)
- Landing page relevan
14. Keyword relevan maksudnya apa yang orang cari sesuai dengan keyword yang kau target.
15. Iklan relevan pula bermaksud ad text dan ad extension yang kau tulis sangat relevan dengan keyword. Contohnya: bila keyword “beli kuih raya”, iklan mesti ada pasal beli kuih raya.
16. CTR pula menunjukkan betapa menariknya iklan yang kau buat. Semakin tinggi CTR, semaking tinggi QS. (Jadi, tulislah iklan yang relevan!)
17. Landing page juga perlu relevan, laju, dan mobile-responsive. Baru Google suka.
Kesimpulan Search Ads ni mudah je:
- Highly-targeted bila tahu cara pengguna mencari
- Bergantung dengan Search Volume dan Competition
- Fokus untuk murahkan harga click
- Murahkan harga click dengan sediakan kempen relevan
So, bagi korang yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan online ni bolehlah gunakan panduan yang dikongsikan oleh saudara kita ini bagi mendapatkan target untuk orang membeli produk kalian. Bila dah tahu caranya, senanglah kan nak berniaga selepas ini.
Sumber: @TheAleem