Suamiku Encik Pilot
“Suamiku Encik Pilot?”. “Doktor itu suami aku?” Wah, pasti gah bunyinya kan? Rata-rata dari kita pasti mahukan pasangan yang mempunyai pekerjaan yang hebat bukan.
Pekerjaan-pekerjaan yang berprofil tinggi seperti doktor, juruterbang, jurutera atau CEO syarikat pasti menjadi idaman setiap insan. Bagi wanita pula, mempunyai pasangan yang bekerja dalam bidang yang disanjung ramai ini pasti menjadi kebanggaan. Oleh itu, ramai yang berangankan untuk mempunyai suami-suami yang hebat ini.
Perkongsian dari rakan facebook yang bernama Fatin Pauzi ini diharap dapat membuka mata para gadis terutama golongan remaja di luar sana agar tidak terlalu mudah mempercayai orang yang digambarkan ‘hebat’ ini.
Menurut Fatin, ramai di antara kenalannya yang memuat naik status menyatakan ada golongan Pilot yang kebanyakannya adalah foreigners ini yang mahu menambah menjadi rakan dan mereka sangat teruja tentang itu. Iyalah kan, Pilot yang mahu add kita kot, xkan tidak teruja?
Namun, menurut Fatin, golongan wanita terutama gadis-gadis muda seharusnya berwaspada kerana golongan foreigners ini tahu akan keterujaan anak gadis kita yang mengimpikan watak-watak hero drama Melayu yang mempunyai pekerjaan hebat untuk menjadi pasangan mereka di alam nyata. Oleh itu, mereka gemar menyamar sebagai individu yang mempunyai pekerjaan hebat dan berduit untuk memerangkap gadis-gadis naïf ini.
Menurut Fatin lagi, golongan ini gemar mempamerkan wajah lelaki kacak sebagai gambar profil media sosial mereka. Hakikatnya, kebanyakan akaun mereka adalah akaun palsu yang diurus oleh lelaki-lelaki “Awang Hitam”. Namun, bagi gadis-gadis remaja ini, apabila lelaki kacak dan kaya ingin berkenalan dengan mereka, sudah pasti mereka akan merasa teruja untuk melayannya.
Fatin juga menambah bahawa terdapat kes guru dan ibu tunggal yang terpedaya dengan cinta yang ditaburkan oleh golongan penyamar ini. Hasilnya, mereka telah kehilangan duit beratus ribu ringgit akibat diperdaya oleh pilot palsu ini.
Selain itu, Fatin juga memberitahu beliau juga pernah di ‘add’ oleh golongan pilot kacak ini namun beliau tidak melayannya kerana percaya akaun itu adalah akaun palsu yang ingin memperdaya rakyat Malaysia. Beliau juga menambah mungkin ada di antara akaun tersebut adalah akaun original namun beliau tetap mengingatkan para gadis agar lebih berhati-hati dengan golongan ini.
Haa, betul jugak apa yang dikatakan tu kan? Tidak salah jika kita ingin berkenalan dengan sesiapa sahaja, namun perlu pastikan kita siasat setiap latar belakang orang yang baru dikenali ini agar tidak terlalu tangkap cinta akhirnya diperdaya kehilangan maruah atau wang ringgit.
Adalah lebih baik jika kita memastikan diri kita sendiri yang kaya atas usaha sendiri terlebih dahulu tanpa mengharapkan pasangan yang berharta semata-mata. Namun, kalau dapat pasangan yang kacak, baik lagi berharta, itu bonus guys!
Sumber: FB Fatin Pauzi