5 Sebab korang kena move on, maafkan bekas kekasih
Putus cinta dan pengakhiran sedih dalam percintaan mahupun hubungan suami isteri meninggalkan banyak kesan kepada kita. Kita cenderung untuk terjebak kepada emosi negatif dan mempunyai rasa tidak puas hati. Dalam usaha untuk bergerak ke atas dalam kehidupan, seseorang itu tidak perlu menyimpan apa-apa rasa menyesal.
Jadi lebih baik jika kita memaafkan dan move forward betul tak. Ni Cik Tin kongsikan 5 sebab kenapa korang kena maafkan bekas kekasih.
1. Membantu korang berurusan dengan emosi
Bila korang mempunyai kenangan buruk dalam hati, korang tidak akan dapat melupakan bekas kekasih. Terdapat banyak emosi dalam diri seperti kemarahan, kesedihan, menyalahkan diri sendiri dan pelbagai lagi. Jika tidak memaafkan si dia, maka akan menjadi sukar bagi korang untuk menjadi gembira dengan kehidupan dan move on!
2. Boleh membantu korang untuk benar-benar melepaskan diri
Kalau korang benar-benar mahu memutuskan semua hubungan dengan bekas dan tidak mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup dalam apa jua hal sekalipun, semestinya korang perlu memaafkannya. Melainkan jika korang memaafkan, dia masih akan menjadi sebahagian daripada semua kemarahan dan kesedihan korang. Jika korang ingin benar-benar melupakan dia, maka pertama sekali, maafkanlah dia.
3. Tenaga positif
Korang perlu membantu diri dengan melepaskan semua pemikiran negatif dan tenaga kurang baik di minda. Apabila kita tidak memaafkan seseorang, emosi negatif akan sentiasa berada di sekeliling dan ia tidak akan membolehkan korang untuk menjadi positif dan gembira. Hanya dengan fikiran yang positif dan gembira, korang boleh memikirkan mengenai orang lain dalam hidup.
4. Membantu korang meletakkan masa lalu di belakang
Walaupun perkara yang diinginkan tidak berakhir dengan baik, ia tidak bermakna perkara itu yang tidak boleh diubah dengan kekasih yang baru. Sebaliknya jika korang berpacaran dengan kekasih baru, maka korang akan cenderung untuk membandingkan dia dengan bekas kekasih yang hanya akan mewujudkan ketegangan dalam hubungan semasa. Jadi… maafkan bekas kekasih dan jangan sesekali membanding dia dengan kekasih baru.
5. Moving forward
Sama ada teman lelaki korang suka menipu, berlaku curang atau menuduh tentang sesuatu yang korang tidak lakukan, memang korang akan marah. Jadi untuk membuang perasaan tersebut, kamu perlu memaafkannya dan bergerak ke hadapan.
Sis Tina tahu mungkin susah, tapi percayalah ia boleh dilakukan dan korang akan tenang sangat. Selamat mencuba!