Maksud warna gincu yang korang pakai masa first date
Korang ingat lagi tak warna gincu yang korang pakai semasa first date dengan si dia? Cik Tin ingat lagi, Cik Tin pakai warna merah menyala uols sebab Cik Tin baru habis event sebenarnya masa tu haha.
Tapi kalau date pun memang Cik Tin pilih merah sebab ia sangat cantik dan menyerlah.
So jom semak, apa maksud warna gicu yang dipakai korang semasa temu janji pertama tu dengan personaliti korang.
Merah
Menggunakan gincu merah pada temujanji pertama boleh memberi gambaran ciri-ciri wanita berani yang yakin untuk meluahkan perasaan. Warna ini juga sering menghantar ‘isyarat’ yang mengandungi emosi, keghairahan, tenaga dan optimis.
Nude
Gincu nude menunjukkan kematangan di mana korang ingin hubungan yang serius, tidak menyembunyikan sesuatu dan bersedia untuk memberi. Jika korang mencari pasangan yang tepat, korang akan bersedia untuk menjalani hubungan sepenuh hati dan jiwa, malah ikhlas.
Coral
Gincu rona coral menggambarkan semangat dan kegembiraan. Korang mahu diperhati, dibelai, tahu ke mana arah tujuan hubungan, bila dilihat mungkin seperti tergesa-gesa. Walaupun begitu, korang menikmati proses yang sedang berlaku dengan sebaiknya tanpa rasa gundah gulana.
Bare Lips
Membiarkan bibir korang terlihat polos tanpa mengenakan sebarang gincu adalah sama seperti berkata,”Inilah diri saya dan jika anda mahu bersama, terima saya seadanya seperti sekarang ini.” Penampilan korang mengatakan bahawa korang sedang mencari seseorang yang terbuka dan jujur.
Hot Pink
Walaupun terlihat feminin tetapi memakai gincu merah jambu pada temu janji pertama menimbulkan perasaan keraguan. Dia mungkin keliru tentang apa yang korang benar-benar inginkan dari hubungan itu dan korang sendiri tidak pasti bagaimana perasaan korang.