5 cara cute dapatkan nombor telefon jejaka idaman!
Kita perempuan ni memang selalu malu nak memulakan dulu perbualan kan? Kalau kita ada perasaan dekat sesiapa pun kita mesti akan pendam aje dek kerana malu tu.
Ish ish ish, jangan pendam lama-lama nanti melepas tau! Kan dah menyesal. So harini Cik Tin nak ajar korang cara comel nak dapatkan nombor telefon jejaka idaman. Tak salah kalau korang yang mulakan dulu!
1. Tanya secara berseloroh
Mula-mula cuba untuk cakap yang sesuatu yang lucu. Kalau korang berjaya buatkan si dia ketawa, terus minta nombor telefonnya seperti contoh ini: “Kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon.”
2. Tanya kawan
Kenalpasti jika kawan-kawan si dia ada yang korang kenal. Hubungi mereka dan minta nombor jejaka idaman korang!
3. Rancang sesuatu yang memerlukan korang untuk menyimpan nombor telefonnya.
Mungkin korang berdua terlibat dalam tugasan yang sama jadi boleh beri alasan jika perancangan bertukar, mudah untuk korang hubunginya.
4. Beri nombor telefon korang padanya
Paling senang, bagi sahaja nombor korang pada dia! Senang dan tak perlu berbelit-belit dan berkias-kias. Mungkin boleh guna dialog seperti “Biar saya WhatsApp pada kamu nombor telefon saya, nanti kamu hubungilah saya kembali”.
Okay girls tak perlu malu ya! Good luck!